Jumaat, 10 Ogos 2012

Anda Mungkin Kehilangan Wang Anda



Amaran terkini dari Bank Negara Malaysia :

Bank Negara Malaysia ingin meningatkan orang ramai bahawa terdapat skim pengambilan deposit dan pelaburan haram yang kononnya menjanjikan pulangan lumayan buat pelabur.

Skim tersebut mengajak anda melabur dalam logam berharga seperti emas, perak atau pelaburan berkaitan ternakan, tanah, komoditi dan pertukaran asing.

Anda ditawarkan pulangan yang lumayan dalam tempoh masa yang pendek.

Sesetengah daripada penganjur skim terus mengumpan pelabur dengan janji belian balik.

Skim-skim tersebut dikatakan sebagai sah dan tidak mempunyai risiko.



BERWASPADALAH

Skim-skim tersebut mungkin merupakan satu lagi ‘skim cepat kaya’ atau dipanggil ‘skim Ponzi’.

Wang yang anda laburkan mungkin digunakan untuk membayar ‘pulangan lumayan’ kepada pelabur lain.

Skim-skim begini adalah HARAM dan merupakan satu penipuan.



ANDA MUNGKIN KEHILANGAN WANG ANDA

SEKIRANYA ANDA RAGU-RAGU, SILA HUBUNGI

1-300-88-5465

FAX : 03-2174-1515

E-mail : bnmtelelink@bnm.gov.my



Sumber Berita Harian 9 Ogos 2012


77 companies blacklisted by Bank Negara

SENARAI NAMA ENTITI DAN LAMAN SESAWANG BANK NEGARA MALAYSIA  

Tiada ulasan :