Isnin, 27 Ogos 2012

Pengalaman Seorang Master Public Gold

Ramai orang cakap zam boleh laaa sebab banyak duit. Dalam akaun ada ratusan ribu, emas perak berkilo-kilo, pergi seminar kelas yuran ribu2, bla bla bla dan bla bla bla serta bla bla.

Bermula dengan kemahuan yg kuat utk hidup berjaya dan membantu rakan2 berjaya ditambah pulak dgn pengalaman jatuh dalam bisnes yg teruk, hilang ramai kawan, rumah tangga hampir tersungkur, dikejar bank hampir muflis dan mcm2 lagi membuatkan aku berkobar2 utk ubah kehidupan aku kearah yg lebih baik.

Tiada alasan utk kita menafikan kejayaan kita didunia dan diakhirat. Allah dah firman "Aku sebagaimana sangkaan hambaKu" so nak pertikai apa lagi? Datang sebagai juara ke dunia mengalahkan adik beradik setitis mani yg lain. Daripada sperma, kromosom dan membesar dan membentuk. Daripada xde mata ada mata, drp xde
mulut ada mulut, drp xde telinga ada telinga. Sedar atau tidak kejayaan demi kejayaan yg kita raih. Malangnya x reti nak bersyukur. Sibuk nak capai apa yg belum dpt. Bersyukur dulu dgn apa yg ada maka Allah buka jalan apa yg kita xde dan berkeinginan utk mendapatkannya.

Kita banyak kali gagal sblm berjaya. Kecik2 kita x pandai berjalan, kita cuba berjalan dan beberapa kali jatuh luka lutut dan sana sini. Kita tetap cuba sehingga boleh berjalan. Nak pulak berlari, jatuh tungging nyiur tapi x reti putus asa. Setelah besar byk plk songgeh. Gagal sikit terus mengalah. Putus asa dlm mencuba dan meniru org berjaya. Kecik2 dulu reti plk tiru mak bapak dan adik beradik utk berjalan, senyum, makan dan sebagainya.

Ayuh rakan2, bangkitlah. Pastikan dalaman yg pandu luaran dan bukannya luaran yg pandu dalaman. Kenapa kita suka sangat bagi makanan jiwa kita dgn benda2 negatif, gossip dan mcm2 la. Mulai sekarang, berubah laaaa. Cari mentor yg betul dlm bidang yg ingin anda capai. Dapatkan elmu yg benar serta sistem yg tepat utk berjaya. Pastikan tindakan yg pantas di perhatikan oleh mentor, kalau dia x perhati pun rujuk kpdnya sbrg kemuskilan dan rajin2 la zahirkan impian yg jelas. Citer kat sape2 apa yg kita nak capai.

Hubungan dgn guru cukup penting utk aliran energy yg jelas. Hadiah alfatihah buat mereka dlm diam2 agar elmu yg ada pada mereka diturunkan atas pencerahan dgn izin Allah tanpa kita bersemuka dgn mereka yg kita anggap guru kita. Nisbah hormat dlm berguru.

Lihatlah rakan, bertapa semangatnya saya dulu utk berubah sehingga saya x buka pun slip gaji saya krn saya tahu tiap2 bulan xde perubahan yg besar dlm amaun. Banyak potongan drp lebihan. Alhamdulillah sekarang saya masih lagi dalam proses menuju kejayaan. Memastikan rakan2 berjaya adlh satu kejayaan besar buat saya.

Yg baik ambik lahhhh
Yg sebaliknya xyah lahhhh
Saya doakan sape2 yg melihat wajah saya atau saya melihat wajahnya meskipun dlm bentuk gambar dalam kaca sentiasa bertambah sihat tubuh badan, hebat gitu, bahagia hendaknya, kaya raya dunia akhirat dan berjaya pun dunia akhirat serta hidup diberkati. Aminnn.

EMAS8KILO Pakar Pelaburan Emas Fizikal.

Sedak doh wase..

Tiada ulasan :