Jumaat, 31 Ogos 2012

Gagal adalah proses kematangan

TipsEmas8kilo: Tidak lengkap kejayaan seseorang tanpa melalui proses kegagalan atau kekecewaan. Gagal adlh proses kematangan agar kejayaan lebih lebih lebih dan lebih bernilai serta bermakna.

Nak tertegaknya daulah Islamiah pun melalui proses kegagalan. Tewas diperang uhud, kematian insan2 penting yg byk menyumbang dakwah Rasul, sekatan ekonomi, dihina dibaling batu dan sebagainya.

Tewas dan tertindasnya segelintir masyarakat juga adlh proses utk menambahnilai erti kemenangan atau kejayaan yg bakal dikecapi. Itu adlh sunnatullah. Kita tidak dpt serap erti merdeka yg sebenar sbb kita x rasai peritnya perjuangan org terdahulu. Acu cuba try test tanya mereka yg hidup dizaman darurat tersebut, nescaya menitis air mata mereka bahawa bernilainya kejayaan atau kemerdekaan ini sekarang.


Peringatan utk kita, jangan sesekali kecewa dgn kegagalan yg kita hadapi krn itu adlh sebahagian resepi sesebuah kejayaan. Gagal berapa kali itu tidak penting. Yang penting berapa kali kita bangkit drp kegagalan.

Sedak doh wase..

Tiada ulasan :