Khamis, 23 Ogos 2012

Jangan cuba jadi orang lain

TipsEmas8kilo: Jangan cuba jadi orang lain. Jadilah diri sendiri sebabbbb Allah jadikan kita sebaik2 kejadian dan mempunyai banyakkkk kelebihan yg berbeza dgn orang lain. Cumaaa kita ajer yg TAK SEDAR DIRI. Ha mcm tu cerita.

TipsEmas8kiloRaya: Kekayaan adlh makhluk Allah. Kelakar badak seseorang yg cuba memburu kekayaan tapi tidak tahu sifat makhluk tersebut, ciri2nya dan cara menjinakkannya. Kita adlh sebaik2 makhluk, jadikan kekayaan sebagai tunggangan dan bukan kekayaan yg menunggang kita.

Terima kasih Kak Afidah krn percaya kpd saya. Semoga Allah murahkan rezeki akak sekeluarga dan rezeki sesiapa sahaja yg melihat wajah akak atau akak melihat wajahnya. Amin..

Sempatlah lock price dgn PUBLIC GOLD sebentar td sblm PG tutup half day hari nie dan cuti beraya. Terima kasih PG atas kecaknaan anda.

250g x 1bar x 43,075
1Dinar x 24pcs x 716
10Dirham x 1pcs x 117
Total =RM60,431

Apa yg nak saya kongsi disini ialah beliau adlh seorang pejawat awam yg mana membeli emas menggunakan personal loan. Terbuka hati nak beli emas sbb dtg seminar saya 2 bulan lepas dan sesuai dgn aturan Allah yg dia dipilih utk beli emas PUBLIC GOLD.

Interest Loan sekitar 5% setahun
Loan selama 15tahun
Bayaran bulanan dekat RM600
Andai kata la potong loan membuatkan dapur x berasap. Jual dinar sekeping sebulan utk 'ganti' loan yg dipotong. Agak2 la 2 tahun akan dtg dapat emas FREE tak hehehe. Siap boleh settle terus loan tu xyah tunggu 15tahun. Tapiiii kalau disiplin bayar jgk, 15tahun tu berapa nilai emas yg berbaki yerrr.

Meninggal dunia x sempat 15tahun takaful pinjaman dah tolong bayar. Mati x bwk hutang. Waris pun x hidup melarat dan meminta2. Pembahagian pusaka pun mudah, engkau satu aku satu, engkau 5 aku 5 ha mcm tu cerita. Kalau pusaka tanah anak2 gaduh plk xnak yg belakang. Emas besttt, kecairan tinggi walaupun seketul gergaji sekalipun habuk jual kat kedai emas pun dia tetap beli dgn harga semasa.

Yang bestnya teknik yg saya guna hari nie ialah guna elmu pelangkah hulubalang melayu atau sains metafizik tahap asas. Harga pejam mata, turun naik masa terdekat tu adlh biasa xyah nak risau sampai sakit jiwa sbb jiwa kita bukan utk emas. Jiwa kita utk mengabdikan diri pada Allah. Tahniah sekali lagi krn beli di 29 ramadhan bulan berkat. Last day tuuu dan kena pulak hari cermin 687 dan 786. Cerminan 6 plk tu. Ada 769 hehehe. Ada keuntungan dlm pelaburan 336 dan bla bla bla. Khufarattt betul la Hasnizam nie hahaha. Ini adlh insan kedua saya guna kaedah nie. Yg pertama pasangan suami isteri. Alhamdulillah.. Si suaminya boleh menjadi dealer RM20,000 tanpa modal poket, ada bisnes tambahan plk kedai makan, buka butik pulak dan mcm2 side income. Terpaksa berhenti kerja di sebuah institusi pendidikan. Ramai betul Komuniti Emas8kilo nie berhenti kerja yer kikiki. Apa pun semua ini adlh aturan Allah. Semoga menjadi manfaat utk kalian.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Saya doakan kita semua menjadi manusia yg luar biasa hebat pemikirannya, tindakannya dan amalannya, bertambah sihat, bahagia, kaya dan berjaya serta hidup diberkati dunia dan akhirat.

Sedak doh wase..

Tiada ulasan :