Memaparkan catatan dengan label Skim Pelaburan Emas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Skim Pelaburan Emas. Papar semua catatan

Ahad, 7 Julai 2013

Emas dan Perak merupakan penyimpan nilai yang unggul.

Dalam jangka masa panjang emas dan perak merupakan penyimpan nilai yang unggul. Kuasa beli emas dan perak masih dikekalkan. Inilah kelebihan emas dan perak. Selain itu, emas dan perak tidak boleh dicetak sesuka hati oleh kerajaan menyebabkan nilainya tidak mungkin jatuh seperti wang kertas.
Oleh yang demikian, menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas adalah kaedah terbaik dan terunggul. Nilai emas dan perak tidak perlu disandarkan kepada mana-mana kerajaan. Ianya bukanlah liabiliti mana-mana pihak.
Semua bentuk aset kertas, contohnya bon, saham termasuk deposit bank adalah merupakan 'janji untuk membayar hutang'. Nilainya tertakluk kepada andaian pelabur bahawa janji pembayaran akan dilakukan. Sejarah menunjukkan bahawa aset-aset kertas ini boleh gagal sepertimana yang berlaku kepada bon dan wang kertas peso Mexico.
Emas pula tidak tertakluk kepada mana-mana sistem kewangan dunia. Apa pun yang berlaku, emas tetap mengekalkan nilainya. Ini dapat dilihat daripada pengalaman manusia selama 5000 tahun di samping logam ini.
Tujuannya bagi mengurangkan penipuan dan manipulasi mata wang. Mata wang sedia ada seperti dolar Amerika, bath Thailand mahupun ringgit mudah dimanipulasi dan mudah disalahgunakan.
Dinar emas pernah digunakan sebagai piawai bagi mata wang dunia ribuan tahun lamanya. Wang kertas dolar pada mulanya disandarkan kepada nilai emas. Tetapi kemudian sandaran emas ini tidak lagi digunakan. Akibatnya wang kertas dan syiling asyik turun dan naik dan sukar untuk memantapkannya.
Masa untuk bertukar kepada DINAR EMAS adalah sekarang. Rebut peluang ini untuk menjadi TOKEY EMAS tanpa kedai dengan PUBLIC GOLD. Promosi sekarang hanya memerlukan anda membeli sebanyak 25 Dinar dalam satu resit yang jika dihitung jumlahnya hanya RM14k++ tidak seperti biasa yang memerlukan RM20k.
Mudah jerrrr dengan PUBLIC GOLD

KLIK SINI

dan
ORDER NOW
Public Gold
 
  • Penuhkan Ruangan *
  • Letakkan SHAMSURADI HJ KAMARADEEN, PG017926 & 014 805 9799 diruangan introducer.
  • Tahniah anda telah berjaya memasuki web Public Gold untuk urusan jual beli.
  • MURAH & MUDAH
Sedak sungguh...  

Emas dan Perak merupakan penyimpan nilai yang unggul.

[sociallinkz]

Dalam jangka masa panjang emas dan perak merupakan penyimpan nilai yang unggul. Kuasa beli emas dan perak masih dikekalkan. Inilah kelebihan emas dan perak. Selain itu, emas dan perak tidak boleh dicetak sesuka hati oleh kerajaan menyebabkan nilainya tidak mungkin jatuh seperti wang kertas.

Oleh yang demikian, menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas adalah kaedah terbaik dan terunggul. Nilai emas dan perak tidak perlu disandarkan kepada mana-mana kerajaan. Ianya bukanlah liabiliti mana-mana pihak.

Semua bentuk aset kertas, contohnya bon, saham termasuk deposit bank adalah merupakan 'janji untuk membayar hutang'. Nilainya tertakluk kepada andaian pelabur bahawa janji pembayaran akan dilakukan. Sejarah menunjukkan bahawa aset-aset kertas ini boleh gagal sepertimana yang berlaku kepada bon dan wang kertas peso Mexico.

Emas pula tidak tertakluk kepada mana-mana sistem kewangan dunia. Apa pun yang berlaku, emas tetap mengekalkan nilainya. Ini dapat dilihat daripada pengalaman manusia selama 5000 tahun di samping logam ini.

Tujuannya bagi mengurangkan penipuan dan manipulasi mata wang. Mata wang sedia ada seperti dolar Amerika, bath Thailand mahupun ringgit mudah dimanipulasi dan mudah disalahgunakan.

Dinar emas pernah digunakan sebagai piawai bagi mata wang dunia ribuan tahun lamanya. Wang kertas dolar pada mulanya disandarkan kepada nilai emas. Tetapi kemudian sandaran emas ini tidak lagi digunakan. Akibatnya wang kertas dan syiling asyik turun dan naik dan sukar untuk memantapkannya.

Masa untuk bertukar kepada DINAR EMAS adalah sekarang. Rebut peluang ini untuk menjadi TOKEY EMAS tanpa kedai dengan PUBLIC GOLD. Promosi sekarang hanya memerlukan anda membeli sebanyak 25 Dinar dalam satu resit yang jika dihitung jumlahnya hanya RM14k++ tidak seperti biasa yang memerlukan RM20k.

Mudah jerrrr dengan PUBLIC GOLD

KLIK SINI


dan


ORDER NOW


Public Gold


 

  • Penuhkan Ruangan *

  • Letakkan SHAMSURADI HJ KAMARADEEN, PG017926 & 014 805 9799 diruangan introducer.

  • Tahniah anda telah berjaya memasuki web Public Gold untuk urusan jual beli.

  • MURAH & MUDAH


Sedak sungguh...

 

 

Jumaat, 31 Mei 2013

Emas Pelaburan vs Skim Pelaburan Emas

[sociallinkz]

Skim Pelaburan Emas pada asasnya banyak menjanjikan pulangan dalam bentuk peratusan bulanan, seperti kena labur RM10k dan kemudian setiap bulan ada pulangan tetap sebanyak 15% sebulan dan sebagainya. Skim ini biasanya menawarkan kemudahan bayar emas dapat kertas.

Emas Pelaburan pula adalah emas yang berbentuk fizikal yang dapat miliki atau dipegang sendiri tanpa disimpan di bank atau ar rahnu. Bayar emas dapat emas. Maksudnya emas yang boleh dibuat pelaburan sama ada untuk jangka pendek, sederhana atau pun jangka panjang tanpa campur tangan pihak ke3. Emas jenis ini biasanya mempunyai HARGA yang RENDAH dan SENTIASA DIKEMASKINI Setiap 20 minit IKUT HARGA EMAS DUNIA dan SPREAD YANG RENDAH sekitar 4% hingga 8% sahaja. yang mana HARGA dan SPREAD terpampang tanpa selindung.

Kenapa tak percaya???

Cerrr tengok harga emas sebelah tu...

Kira SPREAD dan perhatikan masa harga terkini...

Cakap dengan orang sebelah KAU ADERRRR????

 

 

Khamis, 30 Mei 2013

Emas Pelaburan vs Skim Pelaburan Emas

Skim Pelaburan Emas pada asasnya banyak menjanjikan pulangan dalam bentuk peratusan bulanan, seperti kena labur RM10k dan kemudian setiap bulan ada pulangan tetap sebanyak 15% sebulan dan sebagainya. Skim ini biasanya menawarkan kemudahan bayar emas dapat kertas.

Emas Pelaburan pula adalah emas yang berbentuk fizikal yang dapat miliki atau dipegang sendiri tanpa disimpan di bank atau ar rahnu. Bayar emas dapat emas. Maksudnya emas yang boleh dibuat pelaburan sama ada untuk jangka pendek, sederhana atau pun jangka panjang tanpa campur tangan pihak ke3. Emas jenis ini biasanya mempunyai HARGA yang RENDAH dan SENTIASA DIKEMASKINI Setiap 20 minit IKUT HARGA EMAS DUNIA dan SPREAD YANG RENDAH sekitar 4% hingga 8% sahaja. yang mana HARGA dan SPREAD terpampang tanpa selindung.

Kenapa tak percaya???

Cerrr tengok harga emas sebelah tu...

Kira SPREAD dan perhatikan masa harga terkini...

Cakap dengan orang sebelah KAU ADERRRR????



Rabu, 16 Januari 2013

Pelabur emas mangsa tipu minta bantuan


Putrajaya: Jawatankuasa Bertindak Pelabur Bestino memohon jasa baik kerajaan bagi membantu mangsa penipuan skim pelaburan emas itu mendapatkan kembali RM411 juta yang dilaburkan.
Jurucakapnya, K Kunasekaran, berkata mereka sudah bersabar lebih tiga tahun supaya Bestino Golden House Sdn Bhd dan Bestino Group Bhd (Bestino) mengotakan janji memulangkan wang pelaburan tetapi masih kecewa.
“Justeru, kami minta campur tangan kerajaan untuk menyelesaikan isu ini secepat mungkin kerana tidak puas hati dan tidak lagi mempercayai syarikat pelaburan itu sering memberikan pelbagai alasan.
“Kami sudah menyerahkan segala dokumen yang diminta Datuk Ravin Ponniah (Pegawai Khas kepada Perdana Menteri) dan berharap satu lagi perjumpaan dapat diadakan dalam bulan ini.
“Seboleh-bolehnya kami berharap isu ini dapat diselesaikan segera,” katanya kepada pemberita di pekarangan bangunan Pejabat Perdana Menteri di sini semalam, selepas bertemu Ravin.
Kunasekaran berkata, sekurang-kurangnya 10 peratus daripada 6,764 mangsa skim pelaburan itu diminta menyerahkan sijil pegangan saham masing-masing bagi membantu siasatan, tetapi pihaknya sudah mengumpul dan menyerahkan 15 peratus daripada sijil pelaburan berkenaan.

I am richpositive.com

Jumaat, 21 Disember 2012

Sembilan individu saman syarikat pelaburan emas



KUALA LUMPUR: Sembilan pelabur emas memfailkan saman terhadap syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd dan empat pengarahnya termasuk anakanda Sultan Pahang, Tengku Muhaini Sultan Ahmad Shah untuk menuntut dipulangkan wang pelaburan mereka, melebihi RM2 juta.

Daud Mohamad, 63, Sofiah Halili, 42, Fazilahtun Ahmad, 42, Izuan Daud, 32, Mahmud Idris, 73, Mohd Sabri Ibrahim, 55, Noor Asykeen Abu Bakar, 36, Noorazylawati Abu Bakar, 35, dan Noraini Jasneh, 30, memfail writ saman tersebut di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini menerusi Tetuan Azman & Affendy.

Mereka menamakan syarikat tersebut sebagai defendan pertama manakala Tengku Muhaini, 56, Philip Lim Jit Meng, 55, Ahmad Khairuddin Ilias, 54, dan Tan Liang Keat, 40, sebagai defendan kedua hingga kelima.

Menerusi pernyataan tuntutan, mereka mendakwa terbabit dalam skim pelaburan emas berasaskan syariah yang diwujudkan oleh syarikat Geneva Malaysia yang memberi jaminan ia menguntungkan.



Mereka mendakwa bagi menyertai skim tersebut, kesemua plantif dikehendaki mendeposit sejumlah wang untuk membeli jongkong atau kepingan emas daripada defendan dan akan diberi ganjaran sebanyak dua hingga lima peratus sebulan, bergantung kepada jumlah berat emas yang dibeli.

Menurut mereka, Daud telah membayar sebanyak RM405,250; Sofiah RM307,755; Fazilahtun RM424,000; Izuan RM119,900; Mahmud RM60,300; Mohd Sabri RM20,100; Noor Asykeen RM20,100; Noorazylawati RM671,455 dan Noraini sebanyak RM40,000.

Dalam tuntutan itu mereka menyatakan sehingga kini plaintif masih gagal mendapatkan emas mereka dan mendakwa defendan membuat representasi palsu dengan menyatakan skim pelaburan itu adalah menurut syariah sedangkan ia adalah sebaliknya.
Mereka memohon satu perintah untuk mengarahkan Bank Negara Malaysia atau mana-mana pihak berkenaan memulangkan kembali wang pelaburan mereka itu.
Turut dituntut ialah kadar faedah, kos serta relif lain.

Peguam Mohamad Siddiq Azani yang mewakili kesemua plantif memberitahu Bernama bahawa writ saman tersebut akan diserahkan kepada defendan minggu depan. - BERNAMA

Selasa, 4 Disember 2012

Emas RM65j belum diserah kepada pelabur


Kuala Lumpur: Syarikat pelaburan emas, Genneva Malaysia Sdn Bhd yang diserbu Oktober lalu, belum menyerahkan 4,000 kilogram emas bernilai RM64.94 juta kepada lebih 8,000 pelaburnya.
Selain itu, pelabur yang menyerahkan emas kepada syarikat itu tetapi masih belum menerima bayaran balik tunai berjumlah lebih RM80 juta.
Jumlah itu dikesan selepas siasatan dijalankan ke atas dokumentasi yang disita dalam serbuan premis syarikat itu.
Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM)Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, semalam, berkata agensi penguat kuasa menerima banyak rayuan daripada pihak yang terbabit dengan syarikat berkenaan. “Mereka meminta BNM melepaskan wang yang dibekukan sebanyak RM99.8 juta dan emas yang disita seberat 126 kg yang disimpan sebagai bukti bagi kesalahan yang disyaki.
“Wang dan emas itu dikehendaki untuk tujuan penyiasatan dan hanya akan dilepaskan dengan arahan mahkamah,” kata kenyataan itu di sini.
Sebelum ini, angka awal yang dikeluarkan BNM memaklumkan emas disita iaitu sebanyak 142.7kg dan wang yang dibekukan dalam akaun bank serta wang tunai berjumlah RM101.92 juta adalah merujuk kepada semua empat syarikat yang disyaki menjalankan skim pelaburan haram menggunakan emas termasuk Genneva Malaysia.
Kenyataan itu juga menjelaskan, laporan awal perakaunan forensik menunjukkan kerugian besar dialami syarikat terbabit tahun ini dengan memiliki tanggungan melebihi 10 kali aset syarikat.
Operasi sebenar syarikat itu adalah menjual emas pada kadar kira-kira 20 hingga 25 peratus lebih tinggi daripada pasaran, membayar pulangan dua hingga tiga peratus sebulan kepada pelanggan dan membeli balik emas daripada pelanggan pada harga asal belian emas bukan sesuatu yang dapat dikekalkan, katanya.
BNM berkata, dalam keadaan itu, aliran tunai membolehkan syarikat meneruskan operasinya.
Sehubungan itu, BNM menasihatkan orang ramai merujuk kepada sesawangnya untuk maklumat berkaitan perkembangan terkini siasatan kes berkenaan.

Isnin, 26 November 2012

Pelabur emas mesti ikut nasihat pakar


Louis Ng bersama sebahagian produk pelaburan emas yang diperkenalkan Public Gold.
 [foto Rudy Syareme Sheriffudin/bh]

Kuala Lumpur: Public Gold Group Sdn Bhd yang menyasar disenaraikan di Bursa Malaysia menjelang 2014, mengingatkan pelabur emas membuat pelaburan berasaskan maklumat supaya tidak terperangkap dengan skim pelaburan palsu.

Syarikat penempa, penulen dan dagangan jongkong emas serta perak itu berharap orang ramai dan pembeli emas tahu logam itu sebenarnya lebih terarah sebagai instrumen pelindung nilai daripada inflasi, justeru bukannya kelas aset pemberi pulangan.

Sehubungan itu, pelabur dan orang ramai yang mahu membeli emas sebagai alat pelindung nilai perlu mendapat maklumat menyeluruh daripada pihak yang pakar dalam bidang itu sebelum membuat keputusan pembelian.


Pengerusi Eksekutif Public Gold Group, Datuk Louis Ng, berkata ramai pembeli terperangkap dengan modus operandi sesetengah pihak tidak bertanggungjawab yang menawarkan pulangan segera tidak munasabah daripada pembelian emas.

Syarikat skim pelaburan emas menjual emas jauh lebih tinggi daripada harga pasaran sebenar di samping menjanjikan peratus pulangan tertentu setiap bulan.

Kumpulan itu juga biasanya menetapkan harga dan tempoh belian balik tertentu mengikut kontrak, di samping beroperasi menggunakan model Skim Ponzi, katanya dalam satu pertemuan dengan BH di sini.

Ng berkata, syarikat pelaburan emas yang tulen tidak mengemukakan tawaran sedemikian, sebaliknya berurusniaga mengikut harga semasa di pasaran antarabangsa.
Pembeli perlu mendapat maklumat semasa yang boleh diperoleh daripada pelbagai sumber tulen sebelum membuat keputusan mendapatkan emas (untuk pelaburan), katanya.

Beliau mengulas mengenai ramai kalangan pelabur yang terperangkap dengan pelaburan emas apabila pihak berkuasa menyerbu dan membekukan aset beberapa syarikat pengendali dipercayai beroperasi seperti skim cepat kaya.

Awal bulan ini, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dilaporkan berkata, Bank Negara mengesan 35,000 pelabur dengan jumlah pelaburan mencecah RM10 bilion dalam sebuah syarikat pelaburan jongkong emas.

Bank Negara Malaysia dalam kenyataannya pada awal Oktober lalu memberitahu membekukan aset dan akaun yang disita hasil serbuan dilakukan terhadap empat syarikat yang menawarkan skim pelaburan jongkong emas iaitu Genneva Malaysia Sdn Bhd, Pageantry Gold Bhd, Caesar Gold Sdn Bhd dan Worldwide Far East Bhd.

Public Gold ialah antara syarikat yang bergiat dalam perniagaan emas dengan kegiatan terasnya termasuk menempa dan menulen emas.

Ia juga menawarkan perkhidmatan dagangan dan tukaran emas serta menyediakan kemudahan simpanan selamat kepada pelanggan.

Syarikat itu yang beribu pejabat di Pulau Pinang, menerusi anak syarikatnya, Public Gold Marketing Sdn Bhd akhir bulan lalu dikeluarkan daripada senarai Peringatan Pengguna Bank Negara Malaysia selepas model perniagaannya didapati tulen serta tidak mengambil kesempatan ke atas pengguna.

Mengulas lanjut, Ng berkata, operasi perniagaan Public Gold hanyalah semata-mata dagangan jongkong emas dan perak bagi tujuan simpanan kekayaan.

Sejak ditubuhkan pada 2008, Public Gold komited menawarkan pelan simpanan emas fizikal yang selamat untuk masa depan.

Public Gold mengamalkan model perniagaan telus di mana kami hanya membeli dan menjual jongkong emas dan perak tanpa memberikan tawaran tidak realistik kepada pelanggan, katanya.

Jumaat, 9 November 2012

Pelaburan Emas; Anak Syarikat Kerajaan Terengganu Rugi RM2 juta?

KUALA TERENGGANU - Kes penipuan dalam pelaburan jongkong emas 'menjadi kecoh' apabila ahli parlimen Jasin Datuk Wira Ahmad Hamzah (BN-Jasin) bertanya mengenai tindakan kementerian dalam membendung skim cepat kaya yang menjalankan pengambilan deposit dan pelaburan haram.

Menteri berkenaan, ketika menjawab soalan tersebut pada sidang parlimen 30 Oktober lalu mendedahkan, syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd (Genneva Malaysia) melibatkan Seramai 35,000 pelabur dengan jumlah pelaburan mencecah RM10 bilion.

Penipuan pelaburan 'skim cepat kaya' itu terbongkar apabila satu operasi serbuan bersama dilakukan ke atas Genneva Malaysia Sdn Bhd (Gambar kanan) dan syarikat sekutunya pada Isnin 1 Oktober, oleh pihak berkuasa kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah undang-undang yang ditadbir agensi-agensi penguat kuasa berkenaan.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataanya selepas itu berkata, serbuan itu dilakukannya, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Jurucakap BNM berkata syarikat itu disyaki melanggar Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA)

Menurutnya, daripada maklumat yang diberikan pelabur dan pemantauan dari BNM, ada unsur-unsur penipuan dan dalam serbuan terbabit, dokumen dan jongkong emas telah diambil untuk siasatan lanjut.

Sehubungan itu, sumber dalaman kerajaan negeri Terengganu menyatakan, sebuah anak syarikat kerajaan negeri Terengganu adalah antara yang terlibat dengan 'pelaburan haram' itu.

Sumber tersebut memberitahu, anak syarikat kerajaan negeri tersebut telah mengalami kerugian kira-kira RM2 juta ekoran penipuan syarikat pelaburan emas.

Ketika ditanya berkenaan pekara tersebut, Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah  berkata, beliau belum mendapat maklumat yang 'sahih' berkenaan kerugian anak syarikat kerajaan negeri itu.

Beliau berkata, adalah amat malang kepada rakyat negeri Terengganu kerana kehilangan wang sebanyak RM2 juta sekiranya perkara tersebut adalah benar.

Oleh itu, beliau menggesa supaya kerajaan supaya mendedahkan perkara tersebut kerana ia melibatkan 'dana awam'.

"Saya tak dengar secara 'sahih' lagi perkara itu tetapi, kalau betul ia berlaku...... bertambah malanglah rakyat Terengganu kerana kehilangan wang yang begitu banyak,

"kita minta supaya kerajaan negeri menjelaskan perkara ini kerana ia melibatkan dana awam kerana melibatkan anak syarikat negeri Terengganu,"katanya.

Semalam, sebuah portal berita atas talian melaporkan, Bank Negara Malaysia (BNM) mendakwa hampir 10 ribu pelabur yang melabur di dalam empat syarikat emas di Malaysia tidak mendapat pulangan bagi tempoh lima bulan selepas membuat pembayaran.

Siasatan kes tersebut yang dijalankan oleh BNM, polis, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati syarikat tersebut juga tidak menyimpan rekod transaksi secara baik.

Selain syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd, pihak berkuasa pada 5 Oktober lalu, telah melancarkan serbuan ke atas Pageantry Gold Bhd, Caesar Gold Sdn Bhd dan Worldwide Far East Bhd kerana disyaki menjalankan aktiviti menerima deposit haram, pengubahan wang haram, pengelakan cukai dan memberikan maklumat palsu.

Selasa, 30 Oktober 2012

200 pelabur emas berkampung di pejabat PM


200 pelabur emas berkampung di pejabat PM
Kira-kira 200 orang pelabur skim pelaburan emas, Bestino "berkampung" di luar pejabat Perdana Menteri di Putrajaya hari ini untuk meminta Datuk Seri Najib Abdul Razak campur tangan bagi
menyelesaikan masalah pengeluaran wang mereka.

Wakil Jawatankuasa Bertindak Pelabur Bestino, K Kunasekaran (bawah) berkata, tindakan itu diambil setelah masalah masih tidak dapat diselesaikan walaupun tiga perjumpaan diadakan bersama Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

NONE"Isu ini sudah tiga tahun. Tiga kali kita jumpa dengan menteri kewangan kedua bersama peguam dan ahli jawatankuasa kami. Dan ini juga merupakan kali ketiga kami datang ke pejabat perdana menteri.

"Kita tak ada pilihan. Jadi kita nak jumpa perdana menteri dan mahu minta dia campur tangan. Dia kata rakyat didahulukan. Kita akan tunggu di sini sampai dapat berjumpa perdana menteri," katanya.

Pada Februari lalu, empat pengarah Bestino dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh atas 322 tuduhan pengubahan wang haram RM156.2 juta dan lima tuduhan menerima deposit tanpa lesen.

Bank Negara pula merampas aset syarikat itu di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2011 (AMLATFA) berjumlah RM24.2 juta sebagai bahan bukti.

Sebanyak RM411 juta wang dilaburkan oleh 6,764 pelabur dalam Skim Bestino.

Keluhan pelabur
Sementara itu, seorang pelabur A Kupusamy, 68, dari Ipoh Perak berkata, beliau melabur dalam skim pelaburan emas itu sebanyak RM50,000.

NONEKupusamy yang mula melabur pada Oktober 2008 berkata, beliau mula melabur apabila ada rakannya yang mengajak untuk membuat pelaburan di Bestino.

"Saya melabur RM50,000. Itu semua duit simpanan saya. Dulu saya seorang mekanik. Sekarang saya dah tak ada apa-apa," katanya.

Selain itu, menurut seorang bekas pekerja kilang, S Kamalavalli, 58, beliau bersama suami melabur sebanyak RM95,000 tiga tahun lalu selepas seorang agen Bestino datang ke rumahnya di Sungai Siput, Perak.

NONEKamalavalli yang kini tidak mempunyai pekerjaan berkata, beliau telah melaburkan semua wang pencennya ke dalam skim pelaburan itu.

"Saya sangat susah hati. Sekarang duit langsung tidak ada. Semua duit KWSP saya masuk dalam skim pelaburan itu.

"Agen itu datang rumah dan paksa saya melabur. Dia tau masa itu saya sudah mahu pencen.

"Sekarang ini suami saya pun sakit dan anak-anak pun marah saya sebab masukkan semua duit simpanan. Saya minta perdana menteri dapat tolong kita," katanya yang mempunyai tiga orang anak yang juga bekerja di kilang.



Mari saya bantu melabur emas fizikal Public Gold...tanpa was was

Rabu, 24 Oktober 2012

Isu pelaburan emas: Penjelasan Bank Negara


Orang ramai dinasihati supaya sentiasa berhati-hati terhadap skim pelaburan menjanjikan pulangan tinggi dengan risiko yang kelihatan rendah selain memberikan jaminan bahawa jumlah pokok dilaburkan akan dipulangkan.Susulan pertanyaan mengenai serbuan ke atas syarikat terbabit
Bank Negara Malaysia (BNM) semalam membuat penjelasan berhubung serbuan pihak berkuasa terhadap beberapa syarikat disyaki menjalankan skim kewangan haram menggunakan emas.
Penjelasan itu dibuat berikutan banyak pertanyaan diterima mengenai tindakan yang diambil terhadap syarikat terbabit.


Skim kewangan haram 
Susulan serbuan pihak berkuasa ke atas syarikat menjalankan skim kewangan haram menggunakan emas, baru-baru ini, banyak pertanyaan dikemukakan kepada Bank Negara Malaysia.
Berikut adalah soalan lazim diterima dan jawapan agensi terbabit.
S: Mengapakah pihak berkuasa membuat serbuan ke atas syarikat itu?
J: Serbuan dibuat bagi melindungi kepentingan pelabur daripada melaburkan lebih banyak wang dalam skim berisiko selain melindungi kepentingan orang ramai.
Syarikat terbabit sedang disiasat kerana disyaki melakukan kesalahan termasuk mengambil deposit secara haram, mengubah wang haram, mengelak cukai, memberikan maklumat palsu termasuk pernyataan yang salah, melantik ejen tanpa lesen dan gagal mengemukakan dokumen berkanun.
S: Mengapakah timbul kebimbangan terhadap model perniagaan syarikat terbabit?
J: Kebimbangan timbul berikutan syarikat terbabit dipercayai menjalankan skim yang tidak dapat bertahan lama. Mereka menjanjikan pelabur pulangan bulanan lumayan dan jaminan belian balik emas. Skim itu bukan dibiayai oleh jual beli emas yang sebenar, sebaliknya dibiayai dengan menggunakan wang baru dilaburkan dalam skim berkenaan.
Jumlah aset dan wang yang ada pada syarikat itu biasanya tidak sepadan dengan jumlah dikumpulkan daripada pelabur.
S: Mengapakah pihak berkuasa hanya mengambil tindakan sekarang?
J: Sebarang tindakan penguatkuasaan hanya diambil selepas ada sebab yang boleh dipercayai bahawa sesuatu kesalahan sudah dibuat. Ini bagi mengelakkan sebarang tindakan penguatkuasaan terburu-buru atau melulu yang mungkin boleh menjejaskan perniagaan sah.
S: Apakah status tindakan diambil pihak berkuasa?
J: Siasatan masih berjalan. Orang ramai akan dimaklumkan mengenai status terkini siasatan dari semasa ke semasa. Orang ramai dinasihatkan merujuk kepada kenyaataan rasmi dikeluarkan agensi penguat kuasa undang-undang saja untuk sebarang maklumat terkini.
S: Berapa lamakah tempoh siasatan?
J: Tempoh siasatan bergantung pada tahap kompleksiti dan keseriusan kes. Tahap kompleksiti meningkat disebabkan dimensi antarabangsa kes itu.
Siasatan ini diberi keutamaan yang tinggi dan semua sumber perlu digembleng oleh agensi penguat kuasa untuk mempercepat siasatan.
S: Mengapakah aset dibekukan dan dirampas?
J: Bagi skim kewangan haram disyaki, pihak berkuasa boleh menjalankan operasi mencari dan merampas bagi mendapatkan bukti dan untuk mengelakkan syarikat daripada menyembunyikan atau memusnahkan bahan bukti. Ini juga menghalang aset daripada lesap kerana ia akan memberikan kesan buruk kepada pelabur.
Agensi penguatkuasaan diberikan kuasa mengikut Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA), untuk membekukan aset apabila disyaki bahawa suatu kesalahan pengubahan wang haram dilakukan.
S: Apakah akan terjadi kepada aset dan emas yang dirampas?
J: Aset yang dirampas akan didokumenkan dengan teliti dan diambilkira serta disimpan di tempat selamat. Sekiranya ada prosiding jenayah, aset itu hanya boleh diuruskan atas perintah mahkamah.
S: Bolehkah pelabur menuntut kembali wang atau emas mereka daripada aset yang dirampas?
J: Aset yang dirampas ketika siasatan hanya boleh diuruskan atas perintah mahkamah. Pelabur boleh memfailkan kepada mahkamah tuntutan pihak ketiga bagi pemulangan wang atau emas mereka. Maklumat mengenai sama ada dan bagaimana untuk memfailkan sesuatu tuntutan akan diberitahu apabila prosiding mahkamah selesai.
S: Apakah nasihat kepada orang ramai yang ingin melabur?
J: Orang ramai dinasihati supaya sentiasa berhati-hati terhadap skim pelaburan menjanjikan pulangan tinggi dengan risiko yang kelihatan rendah selain memberikan jaminan bahawa jumlah pokok dilaburkan akan dipulangkan. Orang ramai juga dinasihatkan merujuk kepada agensi berkenaan apabila berurusan dengan syarikat atau individu menawarkan peluang perniagaan atau perkhidmatan kewangan yang kelihatan menarik tetapi tidak diberikan lesen oleh pihak berkuasa.
Sebagai panduan, orang ramai digalakkan mengambil perhatian perkara berikut apabila menilai sesuatu skim pelaburan:
  • Sekiranya skim itu indah khabar dari rupa, berkemungkinan besar ia skim palsu.
  • Berwaspada dengan skim Ponzi, ia adalah skim pelaburan berunsur penipuan apabila pengendalinya mengambil wang daripada pelabur baru untuk membayar kepada pelabur awal. Akhirnya, akan sampai satu peringkat apabila jumlah pelabur baru tidak mencukupi untuk menyokong skim ini dan seterusnya keseluruhan skim mengalami kegagalan.
  • Berurusan hanya dengan institusi kewangan berlesen dan peniaga yang sah
  • Rujuk kepada pihak berkuasa sebelum melabur/mendeposit wang
  • Jangan terpengaruh atau terburu-buru untuk melabur
  • Berhati-hati dengan pelaburan melalui Internet
  • Berwaspada dengan peluang pelaburan yang tidak bertulis
  • Jika pelaburan sudah dibuat, simpan salinan semua dokumen pelaburan
  • Rujuk laman sesawang amaran penipuan kewangan berikut:http://www.bnm.gov.my/microsites/fraudalert/index.htm
http://www.sc.com.my/sub.asp? pageid=&menuid=233&newsid=&linkid=&type=
Sumber : Berita Harian

Jumaat, 12 Oktober 2012

Cubaan membunuh diri pelabur Genneva – Kosmo


MUHD. KHAIRUN (kiri) bersama sekumpulan pelabur emas syarikat Genneva Malaysia yang menyerahkan bantahan kepadanya untuk disampaikan kepada BNM di Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR – Cubaan membunuh diri, tidak mampu membiayai kos rawatan dialisis buah pinggang antara sebahagian kisah sedih yang dihadapi 60,000 pelabur syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva Malaysia Sdn. Bhd. (Genneva Malaysia).

Masalah itu timbul selepas operasi syarikat tersebut digantung sementara oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1 Oktober lalu kerana Genneva disyaki mengambil deposit secara haram, menggubah wang haram, mengelak cukai, memberi deskripsi palsu dan melantik ejen tanpa lesen.

Wakil perunding dan pembeli emas Genneva Malaysia, Al Jaz- zura Khan berkata, pelabur menghadapi masalah itu kerana mereka hilang pendapatan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.



Takziah kepada semua pelabur Genneva Malaysia diatas apa yang telah berlaku. Seandainya anda masih memiliki emas tersebut syukurlah sekurang-kurangnya anda tidak kehilangan keseluruhan wang pelaburan anda meskipun anda membeli emas tersebut terlalu tinggi disebabkan anda setuju dengan syarat 'hibah' yang disediakan. Seandainya emas tersebut masih lagi dalam simpanan syarikat tersebut dan anda tidak sempat bertindak. Jangan anggap semua itu sebagai kerugian. Anggaplah sebagai yuran pengalaman yang berharga. Meskipun berkata-kata amatlah mudah berbanding mereka yang mengalaminya. Saya Mohd Hasnizam Hj Muda secara peribadi amat-amat bersimpati dengan apa yang berlaku walaupun saya dengan tegas menentang skim tersebut sebelum ini, sekarang dan akan datang jika asas perjalanannya tetap sama... Mohd Hasnizam Hj Muda, Founder Emas8kilo Pakar Pelaburan Emas Fizikal.

***Renungkanlah sudah banyak kali diberi amaran oleh pihak berkuasa masih lagi berdegil. Dalam post saya sudah acap kali keluar....ingatlah Hibah membawa musHibah, Hibah Bakal Hiba. Ini pula dari Majlis Fatwa Kebangsaan tak cukup lagi ke Amaran demi Amaran... Saya ingat pesan Sifu Zam Hindari 2t ( Tamak dan Takut ). Ingatan Ikhlas dari saya. Sekian Wassalam... www.richpositive.com

Jumaat, 10 Ogos 2012

Anda Mungkin Kehilangan Wang Anda



Amaran terkini dari Bank Negara Malaysia :

Bank Negara Malaysia ingin meningatkan orang ramai bahawa terdapat skim pengambilan deposit dan pelaburan haram yang kononnya menjanjikan pulangan lumayan buat pelabur.

Skim tersebut mengajak anda melabur dalam logam berharga seperti emas, perak atau pelaburan berkaitan ternakan, tanah, komoditi dan pertukaran asing.

Anda ditawarkan pulangan yang lumayan dalam tempoh masa yang pendek.

Sesetengah daripada penganjur skim terus mengumpan pelabur dengan janji belian balik.

Skim-skim tersebut dikatakan sebagai sah dan tidak mempunyai risiko.



BERWASPADALAH

Skim-skim tersebut mungkin merupakan satu lagi ‘skim cepat kaya’ atau dipanggil ‘skim Ponzi’.

Wang yang anda laburkan mungkin digunakan untuk membayar ‘pulangan lumayan’ kepada pelabur lain.

Skim-skim begini adalah HARAM dan merupakan satu penipuan.



ANDA MUNGKIN KEHILANGAN WANG ANDA

SEKIRANYA ANDA RAGU-RAGU, SILA HUBUNGI

1-300-88-5465

FAX : 03-2174-1515

E-mail : bnmtelelink@bnm.gov.my



Sumber Berita Harian 9 Ogos 2012


77 companies blacklisted by Bank Negara

SENARAI NAMA ENTITI DAN LAMAN SESAWANG BANK NEGARA MALAYSIA  

Khamis, 2 Ogos 2012

77 syarikat pelaburan tidak sah


KUALA LUMPUR 31 Julai - Para pelabur di negara ini perlu berhati-hati membuat pelaburan kewangan agar tidak terjebak melabur ke dalam syarikat-syarikat pelaburan yang tidak mendapat kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM), termasuk membabitkan skim-skim kewangan yang melibatkan pelaburan emas dan logam berharga lain.

Menurut BNM, sejumlah 77 syarikat atau individu telah disenaraikan sebagai entiti yang tidak mendapat kelulusan dan tidak sah menjalankan aktiviti pelaburan mengikut peraturan kewangan di negara ini.

Antara jenis-jenis aktiviti yang dijalankan oleh syarikat atau individu tersebut kebanyakannya berkisar kepada pelaburan emas, perniagaan mata wang asing atau menjalankan pelaburan tidak berlesen.

Bank pusat itu berkata, ia menerima pertanyaan daripada orang ramai berhubung dengan syarikat yang mendakwa sebagai institusi terjadual dengan BNM untuk membolehkan syarikat tersebut mendapatkan pelaburan daripada orang ramai.

BNM dalam satu kenyataan di sini hari ini menyatakan bank pusat itu tidak mengeluarkan sebarang lesen mahupun surat kebenaran perniagaan kepada syarikat yang menjalankan aktiviti pemajakan, pemfaktoran, pembangunan kewangan atau pembangunan kredit.

Tegasnya, di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989, syarikat-syarikat tersebut perlu mendapat perakuan bertulis daripada Bank Negara sebelum boleh menjalankan aktiviti itu di negara ini.

"Surat perakuan tersebut yang dikeluarkan oleh BNM bukan lesen perniagaan atau kelulusan daripada BNM berhubung dengan perniagaan terjadual seperti dinyatakan dalam surat perakuan berkenaan, ataupun perniagaan lain yang dijalankan oleh institusi terjadual berkenaan," kata bank itu.

"Senarai institusi terjadual yang telah mendapat perakuan daripada Bank Negara itu hanya untuk disimpan bagi tujuan perangkaan semata-mata.

"Sekiranya syarikat-syarikat tersebut telah berhenti daripada menjalankan perniagaan terjadualnya, BNM akan menarik balik surat perakuan tersebut," kata bank pusat itu dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Justeru ia menasihatkan orang ramai supaya berwaspada apabila berurusan dengan syarikat atau individu yang menggunakan surat perakuan yang dikatakan dikeluarkan oleh BNM untuk menarik pelaburan dalam pelbagai skim kewangan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh merujuk kepada bahagian 'Peringatan kepada Semua Penggguna Kewangan' yang terdapat di laman sesawang Bank Negara http://www.bnm.gov.my atau hubungi talian: 1-300-88-5465 atau dan e-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my

Oleh NORLAILI ABDUL RAHMAN

Pilihlah yang terbaik diantara yang terbaik yang penting telus tanpa musHIBAH. Biar kita sendiri yang menentukan Pelaburan bukan dibrokerkan kepada yang kita tak kenali asal usul. Melaburlah Emas Fizikal.



PENDIDIKAN ADALAH SATU PENEMUAN PROGRESIF TENTANG KEJAHILAN KITA SENDIRI | MENGETAHUI SAHAJA TIDAK MENCUKUPI; KITA PERLU AMALKAN | KESANGGUPAN SAHAJA TIDAK MENCUKUPI ; KITA HANYA PERLUKAN KUASA BERTINDAK | CEPAT BERTINDAK; CEPATLAH HASILNYA | BERTINDAKLAH SEKARANG UNTUK MELINDUNGI KEKAYAAN ANDA | SAYA SEDIA MEMBIMBING ANDA…0199135525

Rabu, 11 Julai 2012

Hukum Jual Beli Dan Pelaburan Emas Yang Dijalankan Oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-100 yang bersidang pada 4-6 Julai 2012 telah membincangkan mengenai Hukum Jual Beli Dan Pelaburan Emas Yang Dijalankan Oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
    
  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan oleh syarak. Sesuatu transaksi jualbeli adalah dikira tidak sah sekiranya tidak memenuhi salah satu rukun jual beli. Muzakarah turut menegaskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas juga hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan dan kezaliman.
     
  2. Berdasarkan laporan dan hasil siasatan Bank Negara Malaysia terhadap operasi jual beli dan pelaburan emas oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd., Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas yang dilaksanakan oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd. tidak mematuhi sepenuhnya Parameter Pelaburan Emas sepertimana yang telah diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 pada 13 hingga 15 Oktober 2011.
     
  3. Oleh itu, umat Islam dinasihatkan supaya tidak melibatkan diri dalam aktiviti atau transaksi jual beli dan pelaburan emas yang dilaksanakan oleh mana-mana pihak sama ada syarikat atau individu di dalam atau luar negara yang bertentangan dengan prinsip-prinsip jual-beli emas seperti yang digariskan oleh syarak atau undang-undang negara. Sumber  http://www.e-fatwa.gov.my

PENDIDIKAN ADALAH SATU PENEMUAN PROGRESIF TENTANG KEJAHILAN KITA SENDIRI | MENGETAHUI SAHAJA TIDAK MENCUKUPI | KITA PERLU AMALKAN | KESANGGUPAN SAHAJA TIDAK MENCUKUPI | KITA WAJIB BERTINDAK SEKARANG | CEPAT BERTINDAK CEPATLAH HASILNYA | BERTINDAKLAH SEKARANG UNTUK MELINDUNGI KEKAYAAN ANDA | SAYA SEDIA MEMBIMBING ANDA | 0199135525

Selasa, 10 Julai 2012

Elakkan skim curi selipar Masjid


TipsEmas8kilo: Elakkan skim curi selipar kat masjid. Maksudnya skim yg meletakkan kerugian kita keatas kepala seseorang yg lain. Untung atas rekrut semata2 dan bukan untung atas turun naik harga emas. Salah satu tandanya ialah menyembunyikan perihal spread atau susutnilai emas tersebut dan banyak bercerita perihal sistem jual kepala orang atau dlm bahasa zimbabwe cari 3 orang akn dpt berapa, cari 6 orang akan dpt berapa dan bla bla serta bla bla bla. Maka hati2 la.. Tanpa elmu yg benar anda mungkin terjerat. Ramai orang menjadi investor dlm emas fizikal tp terbelenggu dan dirantai. Jangan salahkan sesiapa, salahkan diri sendiri yg x persiapkan diri dgn.elmu yg benar dan membenarkan diri dimangsakan. Ha mcm tu..

Haiya selipar aku hilang, alang2 org rembat selipar jepun aku. Aku 'pinjam' selipar adidas la. Sebab tu skrg nie org risau nak wirid panjang2 sbb dikhuatiri selipar jepunnya sauk org. Tok imam pun dok berani duk lama2. Kesudahannya org hok ngelas rembat selipar tandas.


Sedak doh wase..