Khamis, 11 Oktober 2012

Dinar Dirham Matawang Syariah

Dinar ialah syiling yang ditempa dari bahan logam emas dan Dirham pula ditempa dari logam perak. Perkataan ‘Dinar’ berasal dari perkataan ‘Denarius’ iaitu syiling emas matawang Romawi yang digunakan sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW lagi. Perkataan Dirham pula berasal dari perkataaan ‘Drachma’ iaitu syiling matawang perak Parsi.

Sezaman dengan Baginda Rasulullah SAW; syiling-syiling emas dan perak yang digunakan di seluruh semenanjung Arab adalah berasal dari kerajaan Empayar Byzantium dan Empayar Sasanid. Malah syiling-syiling dinar dan dirham tersebut terus digunakan selepas kewafatan baginda Rasulullah SAW pada tahun 632m berterusan semasa pemerintahan Sayyidina Abu Bakar r.a. sehinggalah kezaman Khalifah Malik ibnu Marwan (685-705) tanpa ada syiling-syiling penempaan khusus oleh kerajaan Islam. Pada tahun 75 H terjadi suatu perselisihan antara Maharaja Byzantium dengan Khalifa Abdul Malik ibnu Marwan r.a. Demi mempertahankan Kerajaan Berkhalifah Islam; Baginda telah memerintahkan penempaan syiling-syiling emas Dinar dan perak Dirham Kerajaan Islam Pertama.

Ini bermakna bahawa syiling-syiling emas Dinar dan perak Dirham adalah matawang yang universal tanpa mengira Negara yang menempanya. Ianya adalah suatu alat pertukaran yang tidak kenal bangsa dan Negara kerana semua menerima dan menggunakannya sebagai suatu alat pertukaran yang utuh dan teguh tanpa memerlukan sokongan dari mana-mana kuasa pemerintahan atau Negara.

Tiada ulasan :