DINAR EMAS SUMBER KEKAYAAN POSITIF. Jom Bijak Emas
Selasa, 29 Mei 2012
DINAR DAN DIRHAM
Dinar ialah syiling yang ditempa dari bahan logam emas dan Dirham pula ditempa dari logam perak. Perkataan ‘Dinar’ berasal dari perkataan ‘Denarius’ iaitu syiling emas matawang Romawi yang digunakan sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW lagi. Perkataan Dirham pula berasal dari perkataaan ‘Drachma’ iaitu syiling matawang perak Parsi.
Sezaman dengan Baginda Rasulullah SAW; syiling-syiling emas dan perak yang digunakan di seluruh semenanjung Arab adalah berasal dari kerajaan Empayar Byzantium dan Empayar Sasanid. Malah syiling-syiling dinar dan dirham tersebut terus digunakan selepas kewafatan baginda Rasulullah SAW pada tahun 632m berterusan semasa pemerintahan Sayyidina Abu Bakar r.a. sehinggalah kezaman Khalifah Malik ibnu Marwan (685-705) tanpa ada syiling-syiling penempaan khusus oleh kerajaan Islam. Pada tahun 75 H terjadi suatu perselisihan antara Maharaja Byzantium dengan Khalifa Abdul Malik ibnu Marwan r.a. Demi mempertahankan Kerajaan Berkhalifah Islam; Baginda telah memerintahkan penempaan syiling-syiling emas Dinar dan perak Dirham Kerajaan Islam Pertama.
Ini bermakna bahawa syiling-syiling emas Dinar dan perak Dirham adalah matawang yang universal tanpa mengira Negara yang menempanya. Ianya adalah suatu alat pertukaran yang tidak kenal bangsa dan Negara kerana semua menerima dan menggunakannya sebagai suatu alat pertukaran yang utuh dan teguh tanpa memerlukan sokongan dari mana-mana kuasa pemerintahan atau Negara.
Tahukah anda syiling Dinar dan Dirham ‘nilainya’ berada pada sukatan berat timbangan logamnya. Ini bermakna bahawa ‘nilai’ syiling-syiling ini berada pada zatnya (ain). Berbeza dengan wang kertas dinama ‘nilainya’ hanyalah pada angka tulisan yang dicetak atas kertas semata-mata. Ini juga bermakna syiling Dinar dan Dirham ‘nilainya’ ditentukan oleh Allah SWT pada salah satu namaNya yang Maha Agung- Allah adalah Ar-Razaq(Allah yang Maha Pemberi Rezeki). Allah sendiri yang menentukan banyak manakah emas dan perak yang mampu digali oleh manusia. Sebaliknya wang kertas, nilainya ditentukan oleh pihak berkuasa atau pemerintah. Ini bererti pihak berkuasa menandingi kuasa Allah SWT dalam memberi rezeki.
SPESIFIKASI @ PIAWAIAN DINAR DAN DIRHAM
Piawaian Dinar dan Dirham Kelantan adalah dipantau oleh World Islamic Mint (WIN) dan piawaian yang ditetapkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab r.a. iaitu:
Setiap keping 1 Dinar ialah berkeberatan 1 Mithqal yang bersamaan dengan 4.25gram emas yang berketulenan 22 karat (91.66% emas)
Piawaian ini juga menetapkan hubungan antara Dinar dan Dirham sebagai berat 7 Dinar bersamaan dengan 10 Dirham. Ini bererti 1 keping Dirham ialah 2.975 gram atau (7/10) dari 1 Mithqal Emas.
BUKANKAH WANG KERTAS INI BERSANDARKAN SEJUMLAH EMAS.?????
Tidak! Tahukah anda bahawa wang-wang kertas dalam edaran diseluruh dunia hari in sudah tiada apa-apa sandaran kepada emas dan perak sejak tahun 1971 lagi. Sejarah mencatitkan peristiwa ‘pecah amanah’ yang telah dilakukan oleh kerajaan ama reka syarikat pada perjanjian Brettenwood 1945 terhadap semua 44 negara yang menandatangani perjanjian tersebut.
Sememangnya pada mulanya ama reka syarikat menjanjikan dan menjamin bahawa setiap Dollar US ada disanadarkan emas (USD35/oz emas). Tetapi ini hanyalah tipu daya mereka memerangkapkan ummah menerima ‘dollar ama reka’ sebagai ‘matawang resab’ (reserved currency) menggantikan emas yang disimpan di 44 buah Negara tersebut sahaja.
Pada masa tersebut dikatakan dollar ama reka adalah sama seperti simpanan emas’ (dollar ama reka as good as gold). Setelah semua ahli menerima dan memberi bai’ah kepada ama reka syarikat, Negara itu mula mencetak lebih banyak dollar daripada sandaran emas yang ada. Penipuan ini terbongkar sehingga ada pemimpim-pemimpin Negara yang sedar segera meminta emas yang dijamin. Sejarah mencatitkan pada masa pemerintahan presiden Richard Nixon lah iaitu tahun 1971 ama reka syarikat mengistiharkan bahawa semua matawang kertas sudah tidak perlu bersandarkan emas lagi. Semua wang-wang kertas adalah dibebaskan terapung dipasaran matawang semata-mata, menjadikan nilainya sesama sendiri tiada harga sedikit pun. Inilah penipuan yang paling hebat dalam sejarah kemanusiaan.
DOLLAR AMA REKA SEBAGAI MATAWANG RESAB MENYAPU BERSIH SEMUA HARTA UMMAH DI ABAD INI.
Tahukan anda sebagai ‘matawang resab dunia’ ama reka syarikat telah/boleh membeli semua kekayaan dunia hari ini. Ini bermakna kita kononnya menjual kepada mereka hasil mahsul Negara kita seperti minyak, kelapa sawit, getah, barang-barang elektronik dan lain-lain dan mereka hanya perlu memberikan dollar ama reka yang tiada nilai sebenar.
Bukan itu sahaja, umat Islam serta semua Ummah abad ini telah ditipu sebegitu rupa sehinggkan matawang Negara sesama ahli pun tidak laku dalam Negara sesama ahli. Ini sebabnya jika kita bawa Ringgit Malaysia ke Negara Arab Saudi-Ringgit Malaysia tidak boleh digunakan di Arab Saudi. Begitu juga matawang Saudi iaitu Rial tidak laku di Malaysia. Ini bermakna semua urusan kehidupan abad ini adalah tercemar. Termasuklah ibadah-ibadah kita turut terjejas. Ibadat Haji dan Umrah, pembayaran zakat, malah setiap jual beli, malah sebuah kehidupan DEENUL ISLAM adalah tercemar dengan penipuan amalan RIBA di abad ini.
ALLAH SWT MELARANG UMATNYA MEMBERIKAN BAI’AH MENGENAI HARTA KEPADA AHLUL KITAB.
Menurut tafsir Qadi Abu Bakar ibnu ar-Arabi dalam kitab Akhmul Quran pada surah Ali Imram ayat 75- bahawa pengajaran dari ayat tersebut ialah: Allah SWT melarang kaum muslimin dari mengamanahkan urusan mengenai harta pada tangan ahlul kitab. Ini adalah disebabkan mereka (ahlul kitab) tiada rasa bertanggungjawab untuk menunaikan apa-apa perjanjian dengan kaum selain mereka walaupun sudah dimeterikan dan dipersetujui.
KEMBALINYA DINAR DAN DIRHAM ADALAH JUGA BERAKHIRNYA ZAMAN DHARURAT
Jika dulu kita masih boleh berdalih oleh kerana umat islam sudah tiada kerajaan Berkhalifah dan sudah tidak memerintah, maka umat Islam terpaksa mengikut pemerintah yang berkuasa yang menggunakan matawang kertas. Inilah yang dikatakan umat Islam adalah dalam keadaan Dharurat. Maka dengan kembalinya Dinar dan Dirham Kelantan di Negeri yang bertuah ini ‘Zaman Dharurat’ sudah pun berakhir.
Kembalinya Dinar dan Dirham dalam edaran bererti juga bermula di Negeri Kelantan umat Islam di Abad ini berpeluang membebaskan diri mereka dari amalan riba. Allah SWT mengistiharkan’ PERANG” keatas hambanya sendiri pada amalan RIBA. Surah Al-Baqarah ayat 278-279 yang bermaksud: ‘Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah sia-sia riba jika kamu orang yang beriman, jika kamu tidak melaksanakannya maka Aku dan Rasul Ku istiharkan PERANG keatas kamu….’
PEMBELAAN ALLAH SWT DALAM PENGISTIHARAN ‘PERANG’ PADA AMALAN RIBA.
Tahukah anda rahsia pembelaan Allah SWT adalah pada penghapusan amalan riba? Menggunakan matawang syariah bererti anda bukan sahaja membebaskan diri anda dan keluarga anda daripada kemurkaan Allah SWT tetapi juga anda adalah terbela daripada cengkaman dakyah inflasi. Tahukah anda harga seekor ayam dizaman Rasulullah SAW 1400 tahun dahulu ialah satu Dirham dan hari ini dengan nilai satu Dirham RM18 boleh membeli juga seekor ayam. Ini bermakna penggunaan syiling-syiling Dinar dan Dirham adalah kalis inflasi. Beredarnya syiling-syiling Dinar dan Dirham ditangan rakyat bermakna rakyat adalah terbela daripada tipu helah pihak yang berkuasa diabad ini. Sekaligus adalah pembelaan Allah SWT terhadap umatnya di abad ini.
APAKAH DINAR DAN DIRHAM MELANGGAR MANA-MANA UNDANG-UNDANG NEGARA KITA
Tidak… matawang syariah Dinar dan Dirham hanyalah merupakan bahan alat-alat pertukaran dalam transaksi sahaja. Penggunaan syiling-syiling Dinar dan Dirham tidak melanggar mana perundangan negara kita kerana ianya bukan matawang paksaan ‘legal tender’ (sah diperlakukan). Seumpama anda membuat pertukaran barangan dengan satu barangan lain (barter trade) penggunaan syiling-syiling Dinar dan Dirham adalah merupakan suatu pilihan sahaja antara mana-mana cara pembayaran dalam memenuhi satu-satu transaksi. Didalam Surah An-Nisa’ ayat 29 yang bermaksud: ‘Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil (tidak benar) kecuali dalam perdagangan yang berlaku atas dasar suka sesama suka antara kamu’ Didalam ayat ini Allah SWT memberikan kebebasan bukan sahaja dalam urusan Penjualan/Pembelian tetapi juga kebebasan memilih mana-mana bahan matawang untuk penyelesaian urusan tersebut asalkan kedua-kedua belah pihak setuju antara satu sama lain. Ini bermakna bukan sahaja Umat Islam ada pilihan membebaskan diri mereka daripada cengkaman penipuan yang maha dahsyat di abad ini tetapi juga membuka ruang kepada seluruh Ummah di abad ini. Sumber Dinar Kelantan
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan