Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Cucurilah rahmat dan kesejahteraan keatas semulia-mulia diantara para Rasul dan Nabi iaitu junjungan kami, Nabi Muhammad SAW serta keatas para keluarga dan keatas para sahabat Baginda sekalianya.
Apa khabar pembaca budiman sekalian.
Post kali ini saya akan kupaskan sedikit apa itu Spread. Sering kali jika membeli emas kita akan tanya berapa kalau nak jual balik. Sekarang kita dapat lihat semakin banyak syarikat pelaburan emas fizikal di Malaysia. Alhamdulillah ini adalah satu perkembangan positif yang mana menunjukkan kesedaran rakyat Malaysia khususnya dalam pelaburan emas semakin meningkat dan kita semua ditawarkan dengan berbagai ayat-ayat ‘marketing power’ contohnya ‘terbaik’ ‘termurah’ ‘terbanyak’dan berbagai-bagai ‘ter......’ lagi.
Sebagai pelabur semestinya kita ingin wang yang dilaburkan mendapat keuntungan dengan cepat, banyak dan tetap. Tapi istilah keuntungan tetap kurang sesuai digunakan dalam pelaburan emas fizikal kecuali bagi skim-skim pelaburan yang semestinya mengamalkan Sistem Riba. Berbalik pada cepat dan banyak keuntungan itu amat penting kepada pelabur. Ramai diantara kita yang rabun mata apabila ditawarkan dengan tawaran yang murah. Tak semestinya yang murah itu cepat dan banyak untungnya berbanding yang mahal.
Pelabur mestilah meneliti berberapa faktor sebelum membuat keputusan membeli emas. Faktor terpenting yang perlu diambil kira adalah ketulenan, spread, senang didapati, senang untuk dijual balik, harga sentiasa dikemaskini dan telus. Disini saya akan tekankan Spread kepada pembaca. Spread bermaksud ‘perbezaan harga Jualan ( PG SELL / KAMI JUAL ) dan harga Jualan balik’ ( PG BUY / KAMI BELI ). Untuk lebih mudah jika nak beli emas lihat harga PG SELL dan jika nak jual lihat harga PG BUY. Mudah difahami dan telus. Mari kita lihat spread harga emas Public Gold.
Contoh : -
20 gram PG SELL RM3,562.00 - PG BUY RM3,348 = RM214.00/RM3,562.00 = 0.06 X 100 = 6%.
Untuk lihat Spread Public Gold sila ke SINI. Spread Emas Public Gold adalah sebanyak 5%-6%. Saya rasa ramai diantara kita yang lebih tertarik pada harga rendah dari ambil tahu berapa spreadnya. Barang kemas bukanlah kategori emas pelaburan disebabkan faktor spread yang terlalu tinggi iaitu melebihi 10%.
Anda pelabur bijak. Kira Spread dulu baru melabur... Selamat melabur....
SPREAD PRODUK PUBLIC GOLD
FAKTA HARGA SPREAD ADALAH PERBEZAAN ANTARA HARGA BELIAN (PG SELL) DENGAN HARGA JUALAN (PG BUY). HARGA SPREAD YANG TERENDAH ADALAH YANG TERBAIK UNTUK KITA BELI EMAS TERSEBUT. FORMULA HARGA SPREAD ADALAH SEPERTII BERIKUT :
Peratusan HARGA SPREAD = (HARGA PG SELL-HARGA PG BUY) /HARGA PG SELL X 100.
PUBLIC GOLD :
> 10g | lingkungan 8.0%
> 20g | lingkungan 6.0%
> 50g | lingkungan 5.5%
> 100g | lingkungan 5.0%
> 250g | lingkungan 4.5%
> 1000g | lingkungan 4.4%
PUBLIC DINAR :
> 1 Dinar | lingkungan 6.0%
> 2 Dinar | lingkungan 5.0%
> 5 Dinar | lingkungan 5.5%
> 10 Dinar | lingkungan 5.0%
PUBLIC GOLD (iSeries) :
> 10gis | lingkungan 10.0%
> 20gis | lingkungan 10.0%
> 50gis | lingkungan 10.0%
> 100gis | lingkungan 10.0%
(terendah di Malaysia)
PUBLIC SILVER :
> 100g | lingkungan 15.0%
> 250g | lingkungan 14.0%
> 500g | lingkungan 13.0%
> 1000g | lingkungan 12.0%
(terendah di Malaysia)
Hubungi 019.913.5525
FAKTA HARGA SPREAD ADALAH PERBEZAAN ANTARA HARGA BELIAN (PG SELL) DENGAN HARGA JUALAN (PG BUY). HARGA SPREAD YANG TERENDAH ADALAH YANG TERBAIK UNTUK KITA BELI EMAS TERSEBUT. FORMULA HARGA SPREAD ADALAH SEPERTII BERIKUT :
Peratusan HARGA SPREAD = (HARGA PG SELL-HARGA PG BUY) /HARGA PG SELL X 100.
PUBLIC GOLD :
> 10g | lingkungan 8.0%
> 20g | lingkungan 6.0%
> 50g | lingkungan 5.5%
> 100g | lingkungan 5.0%
> 250g | lingkungan 4.5%
> 1000g | lingkungan 4.4%
PUBLIC DINAR :
> 1 Dinar | lingkungan 6.0%
> 2 Dinar | lingkungan 5.0%
> 5 Dinar | lingkungan 5.5%
> 10 Dinar | lingkungan 5.0%
PUBLIC GOLD (iSeries) :
> 10gis | lingkungan 10.0%
> 20gis | lingkungan 10.0%
> 50gis | lingkungan 10.0%
> 100gis | lingkungan 10.0%
(terendah di Malaysia)
PUBLIC SILVER :
> 100g | lingkungan 15.0%
> 250g | lingkungan 14.0%
> 500g | lingkungan 13.0%
> 1000g | lingkungan 12.0%
(terendah di Malaysia)
Hubungi 019.913.5525
Tiada ulasan :
Catat Ulasan