Rabu, 25 April 2012

Emas 'Mahal' sangat ke?

Mahal ke Emas? Atau nilai mata wang yang merosot? Mari kita renungkan. Biasanya barang menjadi mahal disebabkan beberapa faktor, antaranya samada kerana ianya sedikit ataupun ianya sukar diperolehi atau lebih tepat permintaan melebihi pengeluaran, nilai matawang susut dek inflasi dan beberapa faktor lain lagi seperti perang, huru-hara, politik tak stabil dan lain-lain. Berbalik kepada Emas dua ciri utamanya adalah kerana sedikit dan mempunyai banyak kelebihan. Tidak seperti logam lain kuantiti Emas adalah sedikit. Emas juga tidak boleh dibuat dikilang dalam bahasa lain Emas tak boleh dicipta. Dianggarkan sekiranya keseluruhan emas yang pernah dikeluarkan dari perut bumi diseluruh dunia dikumpulkan, ianya sekadar 160,000 metrik tan sahaja.

Tidak semua tempat di dunia ini ada Emas . Menurut statistik lombong Emas setiap 5tan bijih hanya dapat 5gram Emas . Ada juga lombong dedah yang hanya memperoleh sekitar tiga hingga empat gram setiap tan bijih. Disebabkan penghasilan yang sedikit itu, Emas mempunyai kegunaan yang banyak. Sebab itu permintaan Emas sentiasa melebihi kapasiti pengeluaran. Penggunaan utama Emas sejak dahulu lagi adalah bagi dijadikan sebagai barang perhiasan ataupun barang kemas. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh World Gold Council (WGC) melalui lapuranya iaitu Gold Demand Trends Full Year 2010 menunjukkan pada tahun 2010, permintaan emas adalah sebanyak 3,812 tan berbanding 1,269 tan ataupun kira-kira 50%.

Suasana politik juga banyak memainkan peranan, perubahan polisi sesebuah negara kuasa dunia, bencana alam, peperangan, kemarau dan juga faktor kenaikan harga komoditi utama dunia terutamanya minyak mampu menyebabkan harga emas berubah. Secara langsung atau tak langsung memberi pengaruh kepada harga Emas dunia dari tahun ke tahun. Anda boleh lihat graf dibawah ini atau disini. kannnnn….cepat bertindak….cepat hasilnya…

PENDIDIKAN ADALAH SATU PENEMUAN PROGRESIF TENTANG KEJAHILAN KITA SENDIRI | MENGETAHUI SAHAJA TIDAK MENCUKUPI | KITA PERLU AMALKAN | KESANGGUPAN SAHAJA TIDAK MENCUKUPI | KITA WAJIB BERTINDAK SEKARANG | CEPAT BERTINDAK CEPATLAH HASILNYA | BERTINDAKLAH SEKARANG UNTUK MELINDUNGI KEKAYAAN ANDA | SAYA SEDIA MEMBIMBING ANDA | 0199135525 



Tiada ulasan :