Rabu, 25 April 2012

Apa Itu Inflasi

Istilah inflasi banyak digunakan dalam hal-hal berkaitan ekonomi. Kali ini saya ingin mengajak pembaca mengenai inflasi. Apa itu inflasi? Kebanyakan dari kita hari ini masih tertanya-tanya apakah itu inflasi dan apakah kesanya kepada kehidupan kita. Inflasi adalah suatu keadaan ekonomi dimana berlaku kenaikan harga barang ataupun perkhidmatan yang berterusan. Antara punca-puncanya adalah seperti berikut :-

1. Inflasi Tarikan Permintaan
Inflasi berlaku apabila bekalan barangan dan perkhidmatan tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan. la berpunca daripada pertambahan permintaan secara tiba-tiba dalam jangkamasa pendek. Pengeluar kesuntukan masa untuk menambah pengeluaran bagi memenuhi permintaan. Peniaga pula mengambil kesempatan untuk memperolehi keuntungan yang lebih.

2. Inflasi Tolakan Kos
Berlaku apabila kos pengeluaran meningkat. Pengeluar akan memindahkan kos yang ditanggungnya kepada pengguna dengan menaikkan harga barangan atau perkhidmatan untuk mengekalkan keuntungan. (APA YANG BERLAKU SEKARANG, SELEPAS PENINGKATAN HARGA MINYAK DUNIA)-harga minyak turut mempengaruhi kenaikan harga2 barang keperluan…kita sebagai pengguna tiada pilihan.

3. Inflasi Bekalan Wang Fiat.
Berlaku apabila bekalan wang meningkat melebihi bekalan barangan atau perkhidmatan dalam pasaran. Inflasi ini biasanya berlaku semasa peperangan. Wang yang banyak dicetak untuk membiayai perbelanjaan peperangan. Wang yang akhirnya menyebabkan inflasi. Oleh itu adalah penting untuk mempastikan peningkatan bekalan wang pada tahap tertentu bersesuaian dengan barangan dan perkhidmatan yang ada di pasaran setiap masa. (AMERIKA DAN EROPAH SEDANG MENGHADAPI KRISIS INI)-krisis sebegini jarang berlaku dinegara2 membangun.

4. Inflasi Pentadbiran Harga
Berlaku apabila hanya terdapat sebuah syarikat (monopoli) atau sebilangan kecil syarikat (oligopoli) yang membekalkan barangan atau perkhidmatan, pengeluar biasanya mempunyai kuasa untuk menentukan harga. Jika pengeluar menggunakan kuasa itu, harga akan meningkat. Pengguna tidak mempunyai pilihan dan terpaksa membeli pada paras harga yang ditentukan oleh pengeluar atau pembekal. Pengeluar atau pembekal berkemungkinan akan menaikkan harga barangan atau perkhidmatan untuk menikmati keuntungan yang lebih besar sama ada kos meningkat atau tidak. Harga sedemikian dipanggil harga pentadbiran. (CONTOH TERBAIK, ASTRO MEMONOPOLI SIARAN TV KABEL)

5. Inflasi Yang Diimport
Faktor-faktor luar negara juga boleh menyebabkan inflasi. Apabila kos bahan-bahan mentah, barang siap atau perkhidmatan yang diimport dari luar negara meningkat, ia akan menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan di pasaran tempatan meningkat tanpa mudah disedari. Kenaikan harga barangan import boleh berlaku secara langsung iaitu inflasi yang berlaku di negara pengeksport atau ticlak langsung melalui perubahan kadar pertukaran wang asing yang memlhak kepada negara pengeksport. (INI BIASA BERLAKU, KERANA KEADAAN EKONOMI SESEBUAH NEGARA BERUBAH-UBAH)



LANGKAH MEMBENDUNG INFLASI

1. Mengawal Permintaan

Jumlah permintaan melebihi jumlah penawaran di pasaran menyebabkan harga meningkat. Oleh itu adalah perlu untuk mengekalkan jumlah permintaan pada tahap yang munasabah.

2. Mengawal Bekalan
Dilakukan dengan cara meningkatkan bekalan melalui peningkatan produktiviti, memperbaiki jaringan pengedaran, mengimport bahan mentah yang lebih murah dan mengurangkan pembaziran merupakan langkah berkesan untuk mengurangkan tekanan inflasi.

3. Polisi Ekonomi Makro
Tindakan Kerajaan melalui pengurusan cukai, kewangan dan pentadbiran untuk menentukan halatuju pembangunan negara

4. Yang nyata kita tak mampu menahan Inflasi walauapapun tindakan yang kita ambil. Satu saja yang kebal inflasi, Emas Fizikal. Bertukarlah kepada Emas.

PERANAN PENGGUNA MENGHADAPI INFLASI* Jangan beli semasa harga tinggi. Beli semasa ditawarkan harga rendah.
* Elakkan pembaziran, berjimat dan membeli apabila perlu sahaja dan mengikut rancangan perbelanjaan dan kemampuan anda.
* Cari kedai yang menawarkan harga yang berpatutan serta yang meletakkan tanda harga.
* Dapatkan harga terbaik juga dengan cara tawar-menawar jika dapat dilakukan.
* Pengguna perlu memainkan peranan sebagai pengeluar atau pemberi khidmat untuk meningkatkan produktiviti mereka.
* Pengguna/pengeluar hendaklah beretika.
* Memperbaiki yang lama lebih baik daripada membeli baru, jika ekonomik.


*** SIMPANLAH EMAS FIZIKAL KERANA TERBUKTI KEBAL INFLASI ( 1430 tahun lalu seekor kambing berharga 1 Dinar dan sekarang pun masih berharga 1 Dinar ) terbukti Emas pemyimpan nilai yang terbaik. EMAS KEBAL INFLASI…

Harap pembaca semua faham tentang inflasi…
Contoh paling mudah untuk faham ttg inflasi :-
Saya gunakan 1 Dinar sebagai contoh

pada tahun 2002 dengan 1 Dinar boleh dibeli RM140.00.
pada tahun 2003 dengan 1 Dinar boleh dibeli RM168.00.
pada tahun 2004 dengan 1 Dinar boleh dibeli RM202.00.
pada tahun 2005 dengan 1 Dinar boleh dibeli RM242.00.
pada tahun 2006 dengan 1 Dinar boleh dibeli RM290.00.
pada tahun 2007 dengan 1 Dinar boleh dibeli RM348.00.
pada tahun 2008 dengan 1 Dinar boleh dibeli RM418.00.
pada tahun 2009 dengan 1 Dinar boleh dibeli RM502.00.
pada tahun 2010 dengan 1 Dinar boleh dibeli RM645.00.
pada tahun 2011 dengan 1 Dinar boleh dibeli RM790.00.
pada tahun 2012 dengan 1 Dinar boleh dibeli RM??????


“ANDA BAYAR LEBIH UNTUK 1 DINAR YANG SAMA”
Jadi cuba bayangkan pada masa depan semakin lama nilai wang kita semakin kecil dan meyusut itu baru 10 tahun…jadi mari kita gandakan simpanan Emas Fizikal Magnet Kekayaan Anda…

Untuk mengetahui tentang bagaimana untuk anda melindungi nilai wang dan seterunya mencapai sasaran kewangan anda semasa persaraan nanti sila hubungi saya samada melalui email richpositiveresources@gmail .com atau call 019.913.5.525 atau sms…terpulang kepada anda. 


PENDIDIKAN ADALAH SATU PENEMUAN PROGRESIF TENTANG KEJAHILAN KITA SENDIRI | MENGETAHUI SAHAJA TIDAK MENCUKUPI | KITA PERLU AMALKAN | KESANGGUPAN SAHAJA TIDAK MENCUKUPI | KITA WAJIB BERTINDAK SEKARANG | CEPAT BERTINDAK CEPATLAH HASILNYA | BERTINDAKLAH SEKARANG UNTUK MELINDUNGI KEKAYAAN ANDA | SAYA SEDIA MEMBIMBING ANDA | 0199135525

Tiada ulasan :