Khamis, 31 Mei 2012

TIPS emas8kilo


TipsEmas8kilo: Kunci kaabah pun daripada emas. Fahami apa itu emas, peranan emas dalam kehidupan, kaitan emas deggn matawang dan sebenarnya emas bukan sekadar barang kemas. Emas lebihhhhhhh daripada itu. Bukan perihal untung semata2. Minta kepada Allah agar diberi kefahaman yang jelas tentang rohnya agar anda tidak diburu oleh ketamakan dan ketakutan.

Ingattttt, emas tidak akan mendampingi semua orang. Jika anda mendidik masyarakat tentang emas tetapi ditolak malah diherdik maka berlapang dada la derrrr.

Rabu, 30 Mei 2012

Jutawan Dinar Kertas


Melaburlah Dengan Dinar Emas Fizikal Bebas Riba

Selasa, 29 Mei 2012

Utusan Malaysia Online - Ekonomi

Utusan Malaysia Online - Ekonomi



TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD Bekas Perdana Menteri





KUALA LUMPUR 1 Nov. – Penggunaan dinar emas perlu dipertimbangkan oleh semua kerajaan negara dunia kerana kestabilan nilainya berbanding penggunaan mata wang yang tidak menentu naik turunnya.


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, langkah menggunakan dinar emas sebagai ganti mata wang utama seperti dolar Amerika Syarikat (AS) dalam pelbagai transaksi juga boleh menghentikan perang mata wang


Katanya, dolar AS kini sudah tidak bernilai seperti mana beberapa tahun dahulu dan penggunaan mata wang kertas juga tiada lagi sehebat sebelum krisis ekonomi pada tahun 1997/98 dan penggunaan dinar emas adalah jalan penyelesaian terbaik.


“Mata wang AS kini boleh dianggap sebagai tisu tandas kerana nilainya semakin menyusut dan tidak berharga berbanding emas yang diterima di semua negara dunia,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba di sini hari ini.


Bagaimanapun, kata bekas Perdana Menteri itu, dinar emas tidak sesuai untuk digunakan dalam urus niaga runcit seperti mana hasrat Kerajaan Kelantan yang mahu menggunakan dinar emas dalam transaksi jual beli.


Mengulas lanjut kata beliau, penyusutan nilai dolar AS pada ketika ini menjadi satu masalah yang cukup besar kepada negara-negara yang menyimpan dan bergantung kepada nilai mata wang itu.


“Jika setiap negara menurunkan nilai mata wangnya, pasti akan ada perang mata wang dan sudah tentu, menyumbang kepada krisis,” katanya.


Beliau tetap berpegang bahawa emas mempunyai nilai kukuh dan merupakan nilai yang lebih baik berbanding mata wang.


“Mata wang tidak ada sokongan kecuali dicari oleh orang ramai. Sekiranya negara-negara mula menurunkan nilai mata wang mereka, akan berlaku kekecohan dalam perdagangan antarabangsa,” kata Dr. Mahathir.


Terdahulu dalam ucaptamanya, negara-negara Islam mesti membangunkan pengurusan sistem kewangan Islam yang berhemat. Ia mesti lebih baik berbanding sistem kewangan konvensional sedia ada, yang mampu menampung kejutan dan tidak dimanipulasi penyangak.


Dengan peserta industri mencari jalan untuk mencergaskan kewangan, sistem kewangan global sendiri amat memerlukan pengurusan yang sempurna, katanya.


“Saya jangka kewangan Islam akan berkembang, tetapi cabarannya ialah pengurusan berhemat dan sistem yang lebih baik. Jangan ikut sistem konvensional yang berurusan dalam segala bidang,” katanya.


Antara gesaan beliau kepada negara Islam ialah menggunakan dinar emas sebagai alternatif, bagi mengurangkan pergantungan terhadap dolar AS sebagai mata wang global untuk perdagangan.

Beli Dirham Dengan Saya Online


Hubungi Saya 0199135525

Janakan Wang Fiat Anda


Berapa ramai dikalangan kita yang banyak wang fiat?
Tapi tidak tahu dimana hendak dilaburkan.
Berapa ramai dikalangan kita yang tak tahu bagaimana hendak janakan aset wang fiat mereka supaya lebih daripada apa yang mereka ada?
Berapa ramai lagi dikalangan kita hanya simpan duit di perbankan dan hanya tunggu dividen akhir tahun?
Anda seharusnya tahu untuk menjana wang fiat anda lebih daripada apa yang anda ada.
Saya ada caranya...Hubungi 019.913.5525

Krisis Ekonomi Greece


JANGAN BACA PANDANGAN PAKAR EMAS8KILO

JANGAN BACA PANDANGAN PAKAR EMAS8KILO

Emas dan perak. Lambang kejayaan, lambang kekuasaan, lambang kecantikan, lambang kekayaan, lambang kesempurnaan. Bukannya lambang keuntungan semata2.

Hanya 2 logam sahaja yg dikenakan zakat? Emas dan perak. Kenapa??

Bagi mereka yg mata hati terlelap seketika akan memandang menyimpan emas satu kerugian dan takut kpd perihal zakat. Simpan emas nanti kena zakat kan. Betapa miskinnya jiwa walaupun duit digital dlm bank mencecah 7 angka.

Plz elakkan diri memandang emas bukan sekadar mengejar untung semata2 sehinggakan kerakusan bermaharajalela. Tahun 2010-2011 tahun orang merempit dlm arrahnu tanpa elmu sehingga membunuh pesepsi ramai pihak. Tahun 2011-2012 plk tahun penggunaan graf MT4 atau tahun pantau harga tahap maut tanpa elmu. Sanggup berjaga malam sehingga kekuatan utk bangun malam mengalahkan kekuatan bangun malam utk sujud. Maka mengundang pesepsi pihak yg baru berjinak2 pasal emas kearah TAKUT yang menebal dan TAMAK yang mengunung.

Kedua2 elmu ini adlh benar tetapi diolah oleh orang yg bukan ahlinya dan ianya berleluasa sampai pada tahap golongan mereka yg mental x mampu fikir atau tanggung tahap tersebut.

Jangan letakkan pada yg bukan hak semata2 nak mengaut keuntungan. Emas fizikal tidak sama dgn spot gold tetapi pembayangnya diperlukan bagi golongan trader tegar dan x semestinya perlu bagi golongan memilih emas sebagai sandaran atau aset. Tak semua orang mampu terima semua bab2 elmu emas dlm kepala masing2. Ambik yg sesuai utk dirinya sahaja.

Nak beli 1Dinar berjaga sampai lewat malam. Pantau harga tiap2 hari berbulan2. Ini yang jadi dunia kearah keduniaan nie. Jika anda pelayar spot gold mungkin sesuai utk kredibiliti anda tapi utk fizikal sebenarnya anda mengambil jalan yg silap. Majoriti kedai emas pun xtau sgt MT4 derrrr tp boleh kaya raya.

Sama mcm dlm elmu agama kenapa elmu tasawuf terpencil sbb x semua orang mampu mendalaminya. Ianya bukan elmu rahsia tetapi sesuatu yg amat2 bernilai mesti diletakkan biar pada tempatnya. Sahabat yg paling rapat dengan Rasulullah adlh Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq dan beliau la yg selayaknya kita jumpa yg byk riwayat hadis tetapi kenapa amat2 jarang kita ketemuinya. Kebiasaan kita jumpa drp Sayyidatina Aisyah RA, Abu Hurairah RA dsbnya. Fikir2kanlah bagi mereka yg mempunyai akal yg dipandu.

Bagi peminat MT4, kenyataan ini tidak membunuh anda atau bersifat saya menentangnya krn EMAS8KILO juga ada menganjurkan seminar teknikal analisis harga emas dunia bagi mereka nak tahu lebih sikit. Yang terdekat pada 09/06/2012 yg dikendalikan oleh pakar dlm bidangnya yg dejemput oleh EMAS8KILO. Cuma kena faham tujuan apa anda hadir. Kalau ianya boleh menyebabkan anda mari perasaan takut makin menebal, tamak makin mengunung dan mengulas ntah apa2 ntah. Lebih baik jangannnnn..

Tentukan matlamat dan halatuju dulu. Jangan main ikut trend sahaja atau asyik kena saiko ajer.

Saya doakan anda ada matlamat yg jelas, teguh pendirian dan hidup tidak caca merba hehehe.

Sedak doh wase...Oleh  Mohd Hasnizam Hj Muda Founder emas8kilo

DINAR DAN DIRHAM


Dinar ialah syiling yang ditempa dari bahan logam emas dan Dirham pula ditempa dari logam perak. Perkataan ‘Dinar’ berasal dari perkataan ‘Denarius’ iaitu syiling emas matawang Romawi yang digunakan sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW lagi. Perkataan Dirham pula berasal dari perkataaan ‘Drachma’ iaitu syiling matawang perak Parsi.
Sezaman dengan Baginda Rasulullah SAW; syiling-syiling emas dan perak yang digunakan di seluruh semenanjung Arab adalah berasal dari kerajaan Empayar Byzantium dan Empayar Sasanid. Malah syiling-syiling dinar dan dirham tersebut terus digunakan selepas kewafatan baginda Rasulullah SAW pada tahun 632m berterusan semasa pemerintahan Sayyidina Abu Bakar r.a. sehinggalah kezaman Khalifah Malik ibnu Marwan (685-705) tanpa ada syiling-syiling penempaan khusus oleh kerajaan Islam. Pada tahun 75 H terjadi suatu perselisihan antara Maharaja Byzantium dengan Khalifa Abdul Malik ibnu Marwan r.a. Demi mempertahankan Kerajaan Berkhalifah Islam; Baginda telah memerintahkan penempaan syiling-syiling emas Dinar dan perak Dirham Kerajaan Islam Pertama.
Ini bermakna bahawa syiling-syiling emas Dinar dan perak Dirham adalah matawang yang universal tanpa mengira Negara yang menempanya. Ianya adalah suatu alat pertukaran yang tidak kenal bangsa dan Negara kerana semua menerima dan menggunakannya sebagai suatu alat pertukaran yang utuh dan teguh tanpa memerlukan sokongan dari mana-mana kuasa pemerintahan atau Negara.
Tahukah anda syiling Dinar dan Dirham ‘nilainya’ berada pada sukatan berat timbangan logamnya. Ini bermakna bahawa ‘nilai’ syiling-syiling ini berada pada zatnya (ain). Berbeza dengan wang kertas dinama ‘nilainya’ hanyalah pada angka tulisan yang dicetak atas kertas semata-mata. Ini juga bermakna syiling Dinar dan Dirham ‘nilainya’ ditentukan oleh Allah SWT pada salah satu namaNya yang Maha Agung- Allah adalah Ar-Razaq(Allah yang Maha Pemberi Rezeki). Allah sendiri yang menentukan banyak manakah emas dan perak yang mampu digali oleh manusia. Sebaliknya wang kertas, nilainya ditentukan oleh pihak berkuasa atau pemerintah. Ini bererti pihak berkuasa menandingi kuasa Allah SWT dalam memberi rezeki.


SPESIFIKASI @ PIAWAIAN DINAR DAN DIRHAM
Piawaian Dinar dan Dirham Kelantan adalah dipantau oleh World Islamic Mint (WIN) dan piawaian yang ditetapkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab r.a. iaitu:
Setiap keping 1 Dinar ialah berkeberatan 1 Mithqal yang bersamaan dengan 4.25gram emas yang berketulenan 22 karat (91.66% emas)
Piawaian ini juga menetapkan hubungan antara Dinar dan Dirham sebagai berat 7 Dinar bersamaan dengan 10 Dirham. Ini bererti 1 keping Dirham ialah 2.975 gram atau (7/10) dari 1 Mithqal Emas.


BUKANKAH WANG KERTAS INI BERSANDARKAN SEJUMLAH EMAS.?????
Tidak! Tahukah anda bahawa wang-wang kertas dalam edaran diseluruh dunia hari in sudah tiada apa-apa sandaran kepada emas dan perak sejak tahun 1971 lagi. Sejarah mencatitkan peristiwa ‘pecah amanah’ yang telah dilakukan oleh kerajaan ama reka syarikat pada perjanjian Brettenwood 1945 terhadap semua 44 negara yang menandatangani perjanjian tersebut.
Sememangnya pada mulanya ama reka syarikat menjanjikan dan menjamin bahawa setiap Dollar US ada disanadarkan emas (USD35/oz emas). Tetapi ini hanyalah tipu daya mereka memerangkapkan ummah menerima ‘dollar ama reka’ sebagai ‘matawang resab’ (reserved currency) menggantikan emas yang disimpan di 44 buah Negara tersebut sahaja.
Pada masa tersebut dikatakan dollar ama reka adalah sama seperti simpanan emas’ (dollar ama reka as good as gold). Setelah semua ahli menerima dan memberi bai’ah kepada ama reka syarikat, Negara itu mula mencetak lebih banyak dollar daripada sandaran emas yang ada. Penipuan ini terbongkar sehingga ada pemimpim-pemimpin Negara yang sedar segera meminta emas yang dijamin. Sejarah mencatitkan pada masa pemerintahan presiden Richard Nixon lah iaitu tahun 1971 ama reka syarikat mengistiharkan bahawa semua matawang kertas sudah tidak perlu bersandarkan emas lagi. Semua wang-wang kertas adalah dibebaskan terapung dipasaran matawang semata-mata, menjadikan nilainya sesama sendiri tiada harga sedikit pun. Inilah penipuan yang paling hebat dalam sejarah kemanusiaan.


DOLLAR AMA REKA SEBAGAI MATAWANG RESAB MENYAPU BERSIH SEMUA HARTA UMMAH DI ABAD INI.
Tahukan anda sebagai ‘matawang resab dunia’ ama reka syarikat telah/boleh membeli semua kekayaan dunia hari ini. Ini bermakna kita kononnya menjual kepada mereka hasil mahsul Negara kita seperti minyak, kelapa sawit, getah, barang-barang elektronik dan lain-lain dan mereka hanya perlu memberikan dollar ama reka yang tiada nilai sebenar.
Bukan itu sahaja, umat Islam serta semua Ummah abad ini telah ditipu sebegitu rupa sehinggkan matawang Negara sesama ahli pun tidak laku dalam Negara sesama ahli. Ini sebabnya jika kita bawa Ringgit Malaysia ke Negara Arab Saudi-Ringgit Malaysia tidak boleh digunakan di Arab Saudi. Begitu juga matawang Saudi iaitu Rial tidak laku di Malaysia. Ini bermakna semua urusan kehidupan abad ini adalah tercemar. Termasuklah ibadah-ibadah kita turut terjejas. Ibadat Haji dan Umrah, pembayaran zakat, malah setiap jual beli, malah sebuah kehidupan DEENUL ISLAM adalah tercemar dengan penipuan amalan RIBA di abad ini.


ALLAH SWT MELARANG UMATNYA MEMBERIKAN BAI’AH MENGENAI HARTA KEPADA AHLUL KITAB.
Menurut tafsir Qadi Abu Bakar ibnu ar-Arabi dalam kitab Akhmul Quran pada surah Ali Imram ayat 75- bahawa pengajaran dari ayat tersebut ialah: Allah SWT melarang kaum muslimin dari mengamanahkan urusan mengenai harta pada tangan ahlul kitab. Ini adalah disebabkan mereka (ahlul kitab) tiada rasa bertanggungjawab untuk menunaikan apa-apa perjanjian dengan kaum selain mereka walaupun sudah dimeterikan dan dipersetujui.


KEMBALINYA DINAR DAN DIRHAM ADALAH JUGA BERAKHIRNYA ZAMAN DHARURAT
Jika dulu kita masih boleh berdalih oleh kerana umat islam sudah tiada kerajaan Berkhalifah dan sudah tidak memerintah, maka umat Islam terpaksa mengikut pemerintah yang berkuasa yang menggunakan matawang kertas. Inilah yang dikatakan umat Islam adalah dalam keadaan Dharurat. Maka dengan kembalinya Dinar dan Dirham Kelantan di Negeri yang bertuah ini ‘Zaman Dharurat’ sudah pun berakhir.
Kembalinya Dinar dan Dirham dalam edaran bererti juga bermula di Negeri Kelantan umat Islam di Abad ini berpeluang membebaskan diri mereka dari amalan riba. Allah SWT mengistiharkan’ PERANG” keatas hambanya sendiri pada amalan RIBA. Surah Al-Baqarah ayat 278-279 yang bermaksud: ‘Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah sia-sia riba jika kamu orang yang beriman, jika kamu tidak melaksanakannya maka Aku dan Rasul Ku istiharkan PERANG keatas kamu….’


PEMBELAAN ALLAH SWT DALAM PENGISTIHARAN ‘PERANG’ PADA AMALAN RIBA.
Tahukah anda rahsia pembelaan Allah SWT adalah pada penghapusan amalan riba? Menggunakan matawang syariah bererti anda bukan sahaja membebaskan diri anda dan keluarga anda daripada kemurkaan Allah SWT tetapi juga anda adalah terbela daripada cengkaman dakyah inflasi. Tahukah anda harga seekor ayam dizaman Rasulullah SAW 1400 tahun dahulu ialah satu Dirham dan hari ini dengan nilai satu Dirham RM18 boleh membeli juga seekor ayam. Ini bermakna penggunaan syiling-syiling Dinar dan Dirham adalah kalis inflasi. Beredarnya syiling-syiling Dinar dan Dirham ditangan rakyat bermakna rakyat adalah terbela daripada tipu helah pihak yang berkuasa diabad ini. Sekaligus adalah pembelaan Allah SWT terhadap umatnya di abad ini.


APAKAH DINAR DAN DIRHAM MELANGGAR MANA-MANA UNDANG-UNDANG NEGARA KITA
Tidak… matawang syariah Dinar dan Dirham hanyalah merupakan bahan alat-alat pertukaran dalam transaksi sahaja. Penggunaan syiling-syiling Dinar dan Dirham tidak melanggar mana perundangan negara kita kerana ianya bukan matawang paksaan ‘legal tender’ (sah diperlakukan). Seumpama anda membuat pertukaran barangan dengan satu barangan lain (barter trade) penggunaan syiling-syiling Dinar dan Dirham adalah merupakan suatu pilihan sahaja antara mana-mana cara pembayaran dalam memenuhi satu-satu transaksi. Didalam Surah An-Nisa’ ayat 29 yang bermaksud: ‘Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil (tidak benar) kecuali dalam perdagangan yang berlaku atas dasar suka sesama suka antara kamu’ Didalam ayat ini Allah SWT memberikan kebebasan bukan sahaja dalam urusan Penjualan/Pembelian tetapi juga kebebasan memilih mana-mana bahan matawang untuk penyelesaian urusan tersebut asalkan kedua-kedua belah pihak setuju antara satu sama lain. Ini bermakna bukan sahaja Umat Islam ada pilihan membebaskan diri mereka daripada cengkaman penipuan yang maha dahsyat di abad ini tetapi juga membuka ruang kepada seluruh Ummah di abad ini. Sumber Dinar Kelantan

Ahad, 20 Mei 2012




salam sobat2,teknikal analisis yg dpt cucu share utk tokey2 emas dan sobat2 semua kita lihat Shooting Star selepas itu Bull Candle pd tarikh 26/9/11,29/12/11 dan 16/5/12 pd time yg sama 00:00 cuba lihat pd chart disini cucu buat rumusan selepas 16/5/12 dan selepas tu ada Bull candle utk confirm price gold akan naik insyallah so sapa2 yg dah beli stok dimparas bawah tu bersyukurlah lepas ni sobat2 akan mendapat profit cuma sobat2 nak ambik berapa % profit tu kena tanya diri,disini cucu cuma buat ni base pd teknikal analisis utk panduan boleh ikut jgn percaya 100%.....walllahu'alam

Oleh Cucu Pok Leh