Memaparkan catatan dengan label Dato' Louis Ng. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dato' Louis Ng. Papar semua catatan

Sabtu, 21 September 2013

Bunga Mas Series Available for booking

bunga emas mesti public gold

Bunga Mas Series Available for booking

Kepada Pelanggan yang dikasihi, Public Gold telah melancarkan produk Bunga Mas yang merupakan produk berdasarkan motif ukiran tradisional melayu berketulenan 999.9. Bunga Mas dibuat dengan tulisan jawi dibahagian hadapan dan corak songket di bahagian belakang untuk menambah daya penarik. Sangat sesuai untuk :
  • Cenderahati untuk isteri atau suami sempena perkahwinan atau ulangtahun perkahwinan.
  • Hadiah hari lahir insan istimewa.
  • Untuk peminat emas sebagai item koleksi peribadi.
bungamas-50g mesti public gold bungamas-50g-mesti public gold back
Pemudah cara anda klik gambar bawah ORDER EMAS MUDAH
goldproducts-rich-positive-public-gold-1
ATAU
SILA HUBUNGI RICH POSITIVE

Jumaat, 5 Julai 2013

Perluas pasaran antarabangsa


richpositive

Pulau Pinang: Public Gold Group (Public Gold) melebarkan sayap pengedarannya dengan menerokai pasaran Singapura, Vietnam dan Timur Tengah bagi meningkatkan jenama dan pasarannya ke peringkat antarabangsa.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Louis Ng Chun Hau berkata, menerusi pengiktirafan dagangan emas di peringkat antarabangsa iaitu dari London Bullion Market Association (LBMA) dan Dubai Multi Commodities Centre (DMCC), ia memberi keyakinan kepada kumpulan untuk memasarkan produknya di peringkat global.

Beliau berkata, Singapura pasaran terbaik untuk memasarkan produk pelaburannya memandangnya ia lokasi hab perniagaan antarabangsa yang membolehkan pihaknya meningkatkan penerokaan pasaran kepada pelabur asing lain.

“Kami membuat keputusan membuka cawangan pejabat di Singapura kerana ia memberi peluang kepada Public Gold untuk terus menerokai pasaran asing menerusi hab perniagaannya.

“Bagi pasaran Singapura, kami menawarkan jongkong emas dan perak 10 gram, 20 gram, 50 gram dan 100 gram selain jongkong Perak dalam bentuk 500 gram dan 1 kilogram,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Sementara itu, Public Gold juga sedang menjalankan urusan perniagaan dengan bank komersial, VietinBank di Vietnam bagi menerokai pasaran negara berkenaan.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/04