Khamis, 26 Julai 2012

Betul Ke Rugi RM75j???


Biasanya kenyataan akhbar aje lebih2.. Pengalaman handle kes penipuan dlm arrahnu dulu biasanya berlaku pada barang kemas yg tidak padat. Sekiranya ia benar2 berlaku maka kesimpulannya bertapa tidak terlatihnya pegawai arrahnu bank tersebut atau tidak mematuhi SOP yg digariskan. Kecuaian di Dungun 132k dah bising dan 326k di Perak dah huru hara. Ini kan 75juta. Berapa orang diperlukan utk penipuan tersebut jika limit gadaian hanya 100k sahaja utk satu individu?

Mojoriti penyimpan dan peniaga emas membuat serangan terhadap bank dgn memperlekehkan sistem perbankan atau kekuatan fiat money maka inilah giliran institusi kewangan nak pertahankan sistem perbankan mereka. Masing2 simpan emas ratusan ribu dlm tin biskut so mcm mana dgn cashflow bank. Kalau simpan duit kat bank, boleh jgk bank guna dulu bagi pinjam pada org lain. Nak tabur pun kena berjimat derrr.

Perang saraf la nie. Jangan beli emas kan palsu. Jangan simpan emas sbb harga emas jatuh. Apa pun tidak dinafikan dizaman org gila emas nie (sampai Kekoh Mamoh pun tawar menang emas jika beli perabot dgn mereka) maka ada la golongan tertentu yg dikategorikan malaun mengambil kesempatan atas situasi dgn mengadakan skim pelaburan emas, skim cepat kayap guna emas sbg helah, jual emas ketulenan diragui dan sebagainya.

Siapa mangsa mereka?? Mangsa mereka ialah golongan yg mengenepikan elmu emas dan mengagong2kan keuntungan. Ha mcm tu.

Apa pun emas tidak akan mengecewakan penyimpannya lebih2 lagi jika penyimpan mempunyai elmu yg benar tentangnya.

Pastikan anda mempunyai Mentor yg betul, Elmu yg benar, Sistem yg tepat, Tindakan yg pantas, Impian yg jelas (MESTI) dlm apa jua bidang yg anda ceburi. Selamat berpuasa.

Sedak doh wase..

Baca Selanjutnya disini ha macam tu...

Tiada ulasan :