Jumaat, 12 Oktober 2012

Cubaan membunuh diri pelabur Genneva – Kosmo


MUHD. KHAIRUN (kiri) bersama sekumpulan pelabur emas syarikat Genneva Malaysia yang menyerahkan bantahan kepadanya untuk disampaikan kepada BNM di Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR – Cubaan membunuh diri, tidak mampu membiayai kos rawatan dialisis buah pinggang antara sebahagian kisah sedih yang dihadapi 60,000 pelabur syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva Malaysia Sdn. Bhd. (Genneva Malaysia).

Masalah itu timbul selepas operasi syarikat tersebut digantung sementara oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1 Oktober lalu kerana Genneva disyaki mengambil deposit secara haram, menggubah wang haram, mengelak cukai, memberi deskripsi palsu dan melantik ejen tanpa lesen.

Wakil perunding dan pembeli emas Genneva Malaysia, Al Jaz- zura Khan berkata, pelabur menghadapi masalah itu kerana mereka hilang pendapatan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.



Takziah kepada semua pelabur Genneva Malaysia diatas apa yang telah berlaku. Seandainya anda masih memiliki emas tersebut syukurlah sekurang-kurangnya anda tidak kehilangan keseluruhan wang pelaburan anda meskipun anda membeli emas tersebut terlalu tinggi disebabkan anda setuju dengan syarat 'hibah' yang disediakan. Seandainya emas tersebut masih lagi dalam simpanan syarikat tersebut dan anda tidak sempat bertindak. Jangan anggap semua itu sebagai kerugian. Anggaplah sebagai yuran pengalaman yang berharga. Meskipun berkata-kata amatlah mudah berbanding mereka yang mengalaminya. Saya Mohd Hasnizam Hj Muda secara peribadi amat-amat bersimpati dengan apa yang berlaku walaupun saya dengan tegas menentang skim tersebut sebelum ini, sekarang dan akan datang jika asas perjalanannya tetap sama... Mohd Hasnizam Hj Muda, Founder Emas8kilo Pakar Pelaburan Emas Fizikal.

***Renungkanlah sudah banyak kali diberi amaran oleh pihak berkuasa masih lagi berdegil. Dalam post saya sudah acap kali keluar....ingatlah Hibah membawa musHibah, Hibah Bakal Hiba. Ini pula dari Majlis Fatwa Kebangsaan tak cukup lagi ke Amaran demi Amaran... Saya ingat pesan Sifu Zam Hindari 2t ( Tamak dan Takut ). Ingatan Ikhlas dari saya. Sekian Wassalam... www.richpositive.com

Tiada ulasan :